GUA MUSANG: Seorang wanita nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangnya dihempap beberapa kayu balak ketika sedang berhenti di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini hari ini.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 11.20 pagi tadi telah dirakam kamera papan pemuka kenderaan lain.
Mangsa Siti Norelyana Kamaruzan, 21, tercampak daripada motosikalnya akibat rempuhan kayu balak yang jatuh dari lori yang terbalik ketika mengambil selekoh di laluan bersebelahan.
Tunang mangsa, Nik Amnan Arif Nik Anuwar, 22, berkata Siti Norelyana kini sedang menerima rawatan di Hospital Gua Musang dipercayai mengalami kecederaan dalaman.
"Saya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan seorang rakan yang berada di tempat kejadian dan terus ke hospital untuk melihatnya. Doktor memaklumkan bahawa keadaan tunang saya kini tidak stabil," katanya kepada pemberita di hospital tersebut di sini hari ini.
Nik Amnan Arif berkata tunangnya ketika itu sedang dalam perjalanan ke sebuah pasar raya di Bandar Utama untuk masuk bekerja sebelum beberapa kayu balak menghempap motosikalnya.
Sementara itu, saksi kejadian Nur Aima Nadia Ariffin, 32, berkata dia mendengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat keadaan riuh-rendah di lampu isyarat berkenaan.
"Beberapa batang kayu balak sebesar satu pemeluk dewasa berselerak di atas jalan dan menghalang keseluruhan laluan bersebelahan.
"Ketika menghampiri lokasi kejadian saya lihat terdapat seorang wanita sedang kesakitan di bawah kayu balak dan beberapa pengguna jalan raya turut keluar dari kenderaan mereka untuk cuba membantu mengeluarkan mangsa," katanya.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan berkata polis sedang menjalankan siasatan kes tersebut.
Sik berkata kemalangan itu berpunca daripada turn-table lori balak tersebut yang patah ketika mengambil selekoh.
Berikutan itu, beliau berkata bahagian ekor lori yang dalam perjalanan dari arah Bandar Utama menuju ke Padang Tengku, Kuala Lipis di Pahang terbalik mengakibatkan muatan kayu balaknya bergolek dan mengenai seorang mangsa wanita bermotosikal serta sebuah kereta jenis Toyota Vios yang sedang menunggu lampu isyarat.
"Pemandu lori balak dan kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat hingga menyebabkan kemalangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di talian 09-9121222 atau pegawai penyiasat Insp Aida di talian 012-4027283 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2024

Keadaan motosikal mangsa yang dihempap kayu balak yang terjatuh dari sebuah lori yang terbalik. - Gambar/ Ihsan pembaca

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Wanita hamil nyaris maut, pacuan empat roda dihempap kayu balak
Seorang wanita sarat hamil cedera selepas pacuan empat roda yang dinaikinya bersama suami dihempap kayu balak dalam kejadian di Sungai Udin, Jalan Merotai-Kalabakan, pada Rabu.

Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.

Wanita nyaris maut dihempap kayu balak
Seorang wanita nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangnya dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Selasa.

Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah
Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.

Penjawat awam, pesara kerajaan ditahan terima 'habuan' lindungi kegiatan curi kayu balak
Kedua-dua suspek itu dipercayai menerima antara RM500 dan RM2,000 daripada pemilik syarikat dari November 2019 hingga 2020.

JHS tumpaskan aktiviti pembalakan, 717 batang balak dirampas
Kegiatan aktif pembalakan haram di kawasan Batu 36, Jalan Oya, Tamin, Selangau berjaya dihentikan oleh Jabatan Hutan Sarawak semasa melakukan rondaan penguatkuasaan dekat sini pada Isnin.

Tidak sempat lari, lelaki maut dihempap kayu balak
Mangsa Musa Baco Tang, 46, dihempap kayu balak ketika cuba membuka ikatan pada lori yang membawa muatan kayu dalam kejadian di Kampung Kalabakan

Op Benteng, Kontraban: Polis marin buat rampasan bernilai RM4.73 juta
Kru kapal kargo seramai lima warga tempatan dan seorang warga asing turut ditahan dalam operasi itu.

Treler balak terbalik, pemandu hilang dalam tasik
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya masih hilang di dalam tasik itu.

Kerajaan perlu kaji semula kadar kemiskinan di Malaysia, guna kaedah yang betul - Anwar
Beliau berkata kajian mengenai kadar kemiskinan di Malaysia harus diukur atau dikaji menggunakan kaedah yang betul bagi memastikan hasil kajian yang tepat.