GEORGE TOWN: Seorang wanita kurang upaya (OKU) ditemui maut dalam kejadian kebakaran membabitkan dua rumah kedai dua tingkat di Jalan Kerian, di sini hari ini.
Mayat wanita berusia 40-an dengan kesan melecur pada muka dan kepala itu dijumpai anggota bomba selepas berjaya memadamkan kebakaran di premis itu yang bahagian atasnya dijadikan bilik penginapan dan bawahnya pusat karaoke.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak A'azelan Hassan berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.34 petang dan jentera pertama tiba di lokasi kira-kira tujuh minit kemudian.
"Sebaik tiba, bahagian atas dua rumah kedai itu sedang terbakar dan api marak dengan asap tebal. Anggota mengalami kesukaran untuk sampai ke tingkat atas kerana hanya ada satu tangga selain semua tingkap ditutup dengan papan lapis tebal.
"Kami berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah kedai lain dalam masa 10 minit dan api dipadamkan sepenuhnya pada 4.20 petang," katanya kepada pemberita di lokasi kebakaran.
A'azelan berkata, pemeriksaan kemudian menemui mayat mangsa yang identitinya belum dikenal pasti di atas katil di dalam bilik tingkat atas berhampiran tangga.
Mangsa dipercayai OKU kerana terdapat kerusi roda dan tongkat berhampiran katilnya.
Katanya, mangsa dipercayai maut disebabkan terhidu asap tebal dan kecederaan melecur pada bahagian muka serta kepalanya adalah kerana bahang daripada api yang marak.
"Bilik-bilik di tingkat atas dibuat menggunakan papan lapis menyebabkan api merebak dengan cepat. Secara keseluruhan, tiga daripada empat bilik di tingkat atas musnah dalam kebakaran tersebut manakala bahagian bawah yang dijadikan ruang karaoke turut terbakar," katanya.
Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Menurutnya, seramai 50 pegawai dan anggota dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat iaitu Jalan Perak, Lebuh Pantai dan Paya Terubung dengan dibantu Pasukan Bomba Sukarela terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran tersebut.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Oct 08 2021

Anggota mengalami kesukaran untuk sampai ke tingkat atas kerana hanya ada satu tangga selain semua tingkap ditutup dengan papan lapis tebal. - Gambar/ JBPM

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Kilang karpet terbakar: JAS pasang alat ukur kualiti udara di Nilai 3
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan sekitar berikutan kejadian kebakaran di Nilai 3 di sini pagi tadi.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.

Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah
Seorang wanita dan anak lelakinya berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan SS 19/1c- SS19, Subang Jaya pagi ini.

10 maut, tiga cedera dalam runtuhan bangunan di Mesir
Letupan berlaku di tingkat dua bangunan tiga tingkat di kawasan kerdasa berhampiran piramid Giza.

Jenazah lima beranak rentung dikebumi dalam satu liang lahad
Hujan renyai mengiringi pengebumian jenazah lima beranak yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini pada Khamis lepas.

Ladang ganja terbakar, satu kampung khayal
Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas di tingkat dua bangunan komersial empat tingkat di mana ganja itu ditanam.

Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.

Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin
Wan Azizah turut memberikan kata-kata semangat dan meminta Muhammad Khairuddin supaya tabah dan redha dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.

6 maut, 7 cedera dalam kebakaran tapak pembinaan di Busan
Enam pekerja maut dan tujuh lagi cedera dalam kebakaran di tapak pembinaan sebuah hotel di bandar pelabuhan di tenggara Busan pada Jumaat.