SHAH ALAM: Seorang pekerja bengkel warga asing maut dalam satu kebakaran di sebuah bangunan bengkel kereta di sekitar Seksyen 16, di sini, awal pagi ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt Ramsay Anak Embol berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berkenaan kebakaran yang disedari berlaku di sebuah bengkel kereta pada 5.56 pagi.
Beliau berkata, bangunan bengkel tersebut merupakan bangunan dua tingkat dan mangsa seorang lelaki warga Pakistan dipercayai pekerja bengkel tersebut yang tidak dapat menyelamatkan diri dijumpai di tangga bangunan berkenaan.
"Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dan mengalami kecederaan melecur pada kedua-dua belah kaki dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, bangunan tersebut telah musnah sepenuhnya akibat kebakaran dan siasatan masih dijalankan berhubung punca kejadian - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2023
![Warga asing maut kebakaran bengkel kereta Warga asing maut kebakaran bengkel kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682560913_kebakaran.jpg)
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di sebuah bengkel kereta di Seksyen 16, Shah Alam pada Khamis. - Gambar SINAR HARIAN
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![3 lelaki ditahan polis bantu siasatan kes kematian warga asing 3 lelaki ditahan polis bantu siasatan kes kematian warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685031382_tikambunuh.jpg)
3 lelaki ditahan polis bantu siasatan kes kematian warga asing
Ketiga-tiga lelaki iaitu majikan dan rakan sekerja mangsa ditahan di dua lokasi iaitu Butterworth dan Permatang Pauh.
![Warga asing maut kebakaran bengkel kereta Warga asing maut kebakaran bengkel kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682560913_kebakaran.jpg)
Warga asing maut kebakaran bengkel kereta
Mangsa seorang lelaki warga Pakistan dipercayai pekerja bengkel tidak dapat menyelamatkan diri dijumpai di tangga bangunan berkenaan.
![Warga asing maut ditetak leher dalam pergaduhan di pusat hiburan Warga asing maut ditetak leher dalam pergaduhan di pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81664812717_GARISANPOLIS.jpg)
Warga asing maut ditetak leher dalam pergaduhan di pusat hiburan
Seorang lelaki warga asing terbunuh dipercayai selepas terlibat dalam satu pergaduhan membabitkan tujuh lagi warga asing termasuk dua wanita, di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak.
![Tiga warga asing maut, empat cedera parah kereta bertembung Tiga warga asing maut, empat cedera parah kereta bertembung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657248311_lelakiwargaasingm.jpg)
Tiga warga asing maut, empat cedera parah kereta bertembung
Sebuah kereta Toyota Unser dan sebuah Honda HRV bertembung, mengakibatkan tujuh mangsa tersepit.