MUAR: Seorang warga emas dan anak tirinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan di dalam sebuah kereta di Kluang, enam tahun lalu.
Tertuduh berusia 77 tahun yang berkerusi roda dan anaknya berusia 21 tahun, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Mengikut kertas pertuduhan, anaknya yang bekerja sebagai penghantar barang didakwa merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 15 tahun di Jalan Kinabalu, Kluang pada jam 5.15 petang, 25 Mei 2017.
Manakala bapanya didakwa melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa yang sama selang sejam di kawasan lapang di Kampung Abdul Rahman Yasin, Kluang pada pukul 6 petang, di dalam kereta dan hari yang sama.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 kali sebatan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya mengenakan jaminan sebanyak RM12,000 terhadap tertuduh berusia 21 tahun dan RM15,000 kepada warga emas itu.
Abu Bakar turut memerintahkan tertuduh diikat jamin dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di Balai Polis Kluang setiap bulan.
Mahkamah menetapkan 9 Ogos ini sebagai tarikh sebutan kes dan serahan dokumen. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 16 2023

Tertuduh berusia 77 tahun yang berkerusi roda dan anaknya berusia 21 tahun, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat. - Gambar/ Sinar Harian

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Warga emas, anak tiri didakwa rogol remaja dalam kereta
Seorang warga emas dan anak tirinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan di dalam sebuah kereta di Kluang, enam tahun lalu.