Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru warga emas mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak keluar rumah kecuali jika ada urusan yang penting sahaja sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan bermula esok (Isnin, 4 Mei).
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, ia berikutan warga emas merupakan kumpulan berisiko tinggi yang perlu dilindungi daripada dijangkiti COVID-19.
Justeru, mereka disaran mengelakkan kawasan yang sesak dan sempit serta elak bertutur dengan jarak yang dekat.
"Sekiranya perlu ke kawasan umum, mereka digalakkan untuk memakai topeng hidung dan mulut di samping mengambil langkah-langkah pencegahan. Pengamalan tahap kebersihan diri yang tinggi mesti diteruskan, misalnya dengan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan
cecair pembasmi kuman serta amalkan jarak sosial yang selamat sekurang-kurangya 1 meter.
"Sekiranya diperlukan khidmat nasihat, warga emas serta orang ramai boleh menghubungi Virtual Health Advisory melalui portal KKM dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari," katanya dalam sidang media harian di sini pada Ahad.
Pada masa sama, warga emas yang perlu mendapat rawatan penyakit kronik di klinik kesihatan dinasihatkan datang untuk rawatan susulan mengikut tarikh dan masa temujanji yang ditetapkan.
"Bagi mengurangkan kekerapan kedatangan dan kesesakan di klinik untuk mengambil bekalan ubat separa, KKM telah menyediakan perkhidmatan farmasi Value Added Service seperti Ubat Melalui Pos (UMP), Locker2U, Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) dan Farmasi Pandu Lalu mengikut kesesuaian
perkhidmatan yang ditawarkan.
Dalam pada itu, KKM juga telah memutuskan untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 kepada pekerja dan penghuni pusat jagaan warga emas.
"Saringan ini akan dijalankan secara berfasa, dimulakan dengan 17 buah Rumah Sri Kenangan dan Rumah
Ehsan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Seterusnya akan dijalankan saringan di 357 buah pusat jagaan yang berdaftar di bawah Akta 506 dan 26 buah nursing homes yang berdaftar di bawah Akta 586," ujar beliau.
Pihak Pejabat Kesihatan Daerah sudah diarah mengenalpasti pusat jagaan warga emas swasta termasuk institusi pondok agama di daerah masing-masing bagi memastikan liputan saringan COVID-19 adalah menyeluruh.
Justeru itu pengusaha pusat jagaan swasta digalakkan untuk berhubung dengan Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.
Rahimah Abdullah
Sun May 03 2020
Warga emas merupakan kumpulan berisiko tinggi yang perlu dilindungi daripada dijangkiti COVID-19. - Gambar hiasan
Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera
Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka seorang lelaki berusia 5 tahun dan bayi perempuan 10 bulan cedera dalam kemalangan di Gua Musang.
#AWANIRingkas 1 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 1 Februari 2025
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
Kota Marudu daerah paling teruk terjejas
Banjir yang melanda sabah pada ketika ini menyaksikan 9 daerah terjejas, dengan 39 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menampung hampir 5,000 penduduk.
Siasatan dalaman isu salah laku siap minggu depan - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata siasatan dalaman berhubung kes berkenaan sedang dijalankan dan beliau dijangka mendapat laporan penuh mengenainya pada minggu hadapan.
Masyarakat diseru berganding bahu pastikan kemajuan negara berterusan - Fahmi Fadzil
Fahmi menyeru masyarakat khususnya warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk terus berganding bahu memastikan kemajuan yang diraih negara ketika ini dapat diteruskan.
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Sidang Parlimen ke-15 bermula Isnin ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.
Titah Diraja tumpuan Sidang Parlimen bermula Isnin
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 akan bermula Isnin ini, dengan Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan menjadi tumpuan utama.
Seri Paduka Baginda dijadual merasmikan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menerusi ucapan diraja.
Seri Paduka Baginda dijadual merasmikan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menerusi ucapan diraja.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.