Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas lapan tuduhan termasuk empat tuduhan pilihan memperdagangkan empat wanita warga Vietnam dan China bagi tujuan eksploitasi seksual, Ogos tahun lalu.
Tertuduh Lie Haa, 73, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.
Empat pertuduhan utama ialah melakukan eksploitasi seksual terhadap tiga wanita warga Vietnam iaitu Nguyen Thi Thuy Lin, Lee Thi Thuy Trang, Lee Thi Ngoc Thao dan seorang wanita warga China Wang Li yang berumur antara 24 dan 44 tahun.
Bagi empat pertuduhan pilihan pula, didakwa sebahagian pendapatan hidupnya adalah hasil daripada aktiviti persundalan mangsa-mangsa berkenaan.
Kesemua kesalahan dilakukan di No C-2, Kampung Pahang, Jalan Pahang di daerah Batang Padang, pada jam 11 malam, 1 Ogos lalu.
Bagi empat pertuduhan utama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 manakala bagi pertuduhan pilihan pula mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan.
Setiap kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda.
Norita membenarkan Lie Haa diikat jamin sebanyak RM5,000 bersama seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan kes akan disebut semula 19 Januari ini.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Nurul Azriah Zaid.
Astro Awani
Fri Jan 06 2017

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda. - Gambar hiasan

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.

Artis dinasihat semak sebelum terima tawaran, elak dieksploitasi
Freddie Fernandez berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan mereka dieksploitasi oleh perniagaan yang menyalahi undang-undang.

Mendepani cabaran media sosial terhadap kanak-kanak
Kebimbangan kanak-kanak menjadi mangsa pelbagai bentuk eksploitasi kian mendapat perhatian.

Kontroversi GISB: Semakin ramai individu tampil dedah pengalaman di media sosial
PDRM memaklumkan piohaknya memantau sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh individu atau pihak berkaitan yang mempunyai kaitan dengan GISB di media sosial.

Jangan guna agama selindung kezaliman - Che Puan Khaleeda
Che Puan Khaleeda dengan tegas bertitah, agama seharusnya menjadi asas kepada kasih sayang, perlindungan serta kesejahteraan masyarakat.

Pemandu teksi lepas, bebas tuduhan perdagang lelaki untuk minta sedekah
Hakim Datin Surita Budin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan, gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Nurul Hidayah Md Nor, 32, di akhir kes pendakwaan.

Polis selamat 12 mangsa eksploitasi, lapan individu ditahan
Polis menahan lapan individu berumur 20 hingga 54 tahun disyaki melakukan eksploitasi terhadap 12 warga asing menerusi Op Mega Pembanteras Jenayah TIP.

Selangor disaran wujud polisi khas pelihara kucing, anjing
Langkah itu lebih wajar berbanding menyekat atau melarang penjualannya supaya dapat mengelak penganiayaan serta eksploitasi haiwan.

Lebih 10 kawasan hutan simpan kekal diteroka untuk penempatan, perladangan - JPNJ
JPNJ mengesan lebih 10 kawasan di HSK di negeri itu yang berkemungkinan diterokai oleh Orang Asli melibatkan kawasan di luar rizab mereka serta pihak tidak bertanggungjawab.

Jangan jadi mangsa penggodam, elak risiko ketirisan data
Pengguna perlu sentiasa berwaspada apabila menggunakan Internet bagi melindungi maklumat peribadi mereka.

Jangan eksploitasi rumah anak yatim kutip derma Ramadan
Pihak tertentu digesa tidak mengeksploitasi nama rumah anak yatim bagi tujuan mengutip derma terutamanya pada bulan Ramadan.