KANGAR: Ketika umat Islam sedang sibuk membuat persiapan raya, seorang warga emas bersama 15 ahli keluarga tidak mampu berbuat demikian, mereka tabah menjalani kehidupan dan ibadah puasa serba sederhana di dalam sebuah rumah kecil yang serba daif sejak 11 tahun lepas.
Hasmah Saad, 65, tinggal berhimpit di rumah itu bersama empat anaknya Nur Hayati Hashim, 33; Nur Hazwani Hashim, 29; Nur Hasraf Haizad Mat Razali, 18; Nur Natasya Haslinda Mat Razali, 17, serta menantu dan anak masing-masing, termasuk lapan cucu berusia lingkungan dua hingga 13 tahun.
"Rumah ini adalah pemberian Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang saya terima dan duduki pada 2 Ogos 2010 berkeluasan 800 meter persegi sahaja.
"Ada tiga bilik, dua bilik kelamin untuk anak dan menantu masing-masing mempunyai dua dan enam orang anak...satu bilik kecil saya bersama cucu...kerana kekangan ruang, ada yang terpaksa berhimpit dan tidur di ruang tamu.
"Memandangkan anak-anak hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu, selain masing-masing mempunyai tanggungan yang ramai, mereka tidak mampu menyewa di luar apalagi mahu mempunyai kediaman sendiri," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada program i-Care4U Ziarah Kasih Ramadan di kediamannya di Kampung Jarak Bintong di sini hari ini.
Program anjuran Pejabat Pembangunan Negeri Perlis (ICU JPM) dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad itu menyalurkan sumbangan duit raya kepada 30 keluarga terpilih.
Turut hadir pada program ziarah itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas dan duit raya bagi pihak kerajaan negeri.
Mengulas lanjut, Hasmah berkata, ada anak dan cucu yang terpaksa tidur di lantai dapur beralaskan kain batik sahaja kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain malah, cucu bongsunya pernah melecur terkena air panas ketika bermain di ruang sempit dan adakalanya berlanggar dengan ahli isi rumah lain.
Sementara itu, Nur Hazwani berkata, dia mengimpikan untuk menyambut Aidilfitri di kediaman sendiri bersama enam anak, namun perkara itu agak mustahil kerana pendapatan suaminya yang mengambil upah memotong rumput di kampung, tidak seberapa.
Suri rumah itu berkata, menjadi rutin setiap tahun mereka sekeluarga menyambut Aidilfitri dengan pakaian yang disedekahkan orang ramai tanpa kuih-muih yang beraneka namun bersyukur dapat tinggal dengan keluarga dan menjalani kehidupan susah dan senang bersama.
Prihatin dengan nasib keluarga itu, Azlan berkata, kerajaan negeri akan membantu membina sebuah rumah dengan dua buah bilik di kawasan belakang rumah sedia ada.
Dalam perkembangan lain, Azlan berkata Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam di Perlis telah diluluskan dan akan disalurkan dalam masa terdekat. - BERNAMA
Bernama
Mon May 03 2021

Datuk Seri Azlan Man (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima program i-Care4U Ziarah Kasih Ramadan di Kampung Jarak Bintong, Kangar, Perlis pada Isnin. - Gambar BERNAMA
KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan 3,228 jururawat pada tahun 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan keluaran institusi pendidikan dalam negara bagi tujuan mengisi perjawatan tetap di KKM.
KPDN akan laksanakan analisis data kesan penyasaran subsidi
Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini kerana telahan awal bahawa penyasaran subsidi diesel akan menyebabkan kadar inflasi meningkat tidak berlaku seperti yang dijangkakan, malah kekal di bawah 2 peratus.
PETRONAS nafi buang 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menegaskan, saiz penyusunan semula atau 'right-sizing' sedang diteliti oleh pasukan petugas dan dijangka diselesaikan pada pertengahan tahun ini.
Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju, susulan cabaran yang dihadapi dalam kawalan kemasukan bahan buangan berkenaan.
PRK Ayer Kuning: Notis telah dihantar ke SPR - Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PM Anwar tiba di Hanoi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Hanoi pada Selasa malam bagi lawatan kerja dua hari ke Vietnam dan dijadualkan menyampaikan ucaptama pada Forum Masa Depan ASEAN (AFF) kedua, pada Rabu.
15 rakyat Malaysia dipaksa jadi scammer di Myanmar - Polis
Siasatan polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar dipaksa bekerja sebagai scammer bagi pelaburan mata wang kripto, bitcoin serta love scam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia tegaskan semula komitmen terhadap hak asasi manusia pada Sesi UNHRC Ke-58
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan komitmen Malaysia yang tidak berbelah bahagi terhadap hak asasi manusia.

Warga emas muat naik hantaran bersifat palsu dipenjara enam bulan - MCMC
Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas gagal membayar denda RM30,000 atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong.

Tukang kayu rugi lebih RM400,000 terperdaya sindiket 'love scam'
Seorang tukang kayu mengalami kerugian RM420,750 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan cinta atau 'love scam', selepas berkenalan dengan seorang perempuan di aplikasi Facebook.

Warga emas rugi RM4 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Polis mengesahkan seorang pesara sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM4 juta selepas diperdaya sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian menerusi laman sosial Facebook.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.

Jemaah haji 65 tahun ke atas dan berisiko tinggi digalak ambil vaksin COVID-19
Jemaah disaran membuat janji temu menerusi aplikasi MySejahtera mulai 14 Feb atau laman web rasmi TH.

Lelaki warga emas terkunci dalam bilik air ditemui meninggal dunia
Pihak JBPM Perak menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.14 pagi.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

KPDN Pulau Pinang serbu stor haram seleweng LPG bersubsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas 334 tong gas petroleum cecair (LPG) dalam serbuan di sebuah stor haram di Kampung Selamat, di sini hari ini.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini