SEREMBAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas yang hilang selepas mencari lembu ternakannya di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran rumahnya di Kampung Sega Tengah, Kuala Sawah, Rantau di sini sejak tiga hari lepas diperluas tujuh kilometer dari lokasi berkenaan.
Pengarah Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Seremban Left Mohd Ghazali Abd Rahim berkata pencarian yang tertumpu di kawasan hutan itu turut membabitkan lebih 50 anggota termasuk APM, bomba, polis dan penduduk sekitar serta empat ekor anjing pengesan (K9).
"Kita dah mulakan pencarian sejak awal pagi tadi dan akan teruskan hingga petang, kalau tak jumpa juga lepas 72 jam kita akan serahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya kepada Bernama di lokasi kejadian di sini hari ini.
Sementara itu, cucu wanita terbabit, K. Shirikumaran, 28, yang mengikuti operasi berkenaan sejak hari pertama berkata neneknya itu hanya mempunyai sakit pada bahagian kaki akibat jatuh sebelum ini, namun tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan lain.
Shirikumaran berkata ia merupakan kejadian kedua wanita itu dilaporkan hilang dengan insiden pertama hilang selama tiga hari pada 2006, namun berjaya ditemukan dalam keadaan baik di Linggi, Port Dickson oleh saudaranya.
"Nenek saya memang sudah biasa dengan kawasan ini dan dia pun menetap di sini sejak kecil, lebih kurang 50 ekor lembu sudah ditemukan sehari nenek dilaporkan hilang tapi dia pula masih tak jumpa," katanya dan menambah neneknya tinggal berdua bersama datuk di rumah.
Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi pada 31 Jan lepas, warga emas A. Sivapaki, 74, dilaporkan tidak pulang selepas menguruskan lembu ternakannya di ladang kelapa sawit berhampiran rumahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 02 2022

Pencarian yang tertumpu di kawasan hutan itu turut membabitkan lebih 50 anggota termasuk APM, bomba, polis dan penduduk sekitar serta empat ekor anjing pengesan (K9).

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.

PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.

Pembunuhan Zayn Rayyan: Anjing K9 periksa blok kediaman mangsa
Polis ketika ini sedang giat mengesan petunjuk baharu bagi menjejaki penjenayah yang membunuh Allahyarham Zayn Rayyan.

'Ruby' bantu siasatan kematian Zayn Rayyan
Unit K9 Bukit Aman sekali lagi dihantar ke kawasan penemuan mayat kanak-kanak lelaki autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin dekat Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, pada Sabtu.

Sekolah K9 dan K11 solusi masalah murid keciciran - KPM
Faktor jarak antara tempat tinggal dan sekolah juga menyebabkan ramai murid yang tercicir persekolahan.

Lacey Elizabeth bangga ketuai Unit K9 bomba perbarisan Hari Kebangsaan
Lacey Elizabeth merupakan wanita tunggal sebagai pengendali anjing K9 yang terlibat dalam perarakan Hari Kebangsaan 2023.

Tambahan anjing K9 diperlukan bagi menjaga laluan masuk di Langkawi
Pada masa ini terdapat empat ekor anjing pengesan ditempatkan di Seksyen K9 Langkawi.

Tanah runtuh Batang Kali: Kerja lebih masa, 'Blake' K9 direhatkan
Pendamping pasukan SAR iaitu anjing unit pengesan (K9) turut bertungkus lumus dalam operasi mengesan dan menyelamatkan mangsa insiden tanah runtuh sejak Jumaat lepas.

Pelaksanaan sekolah model khas mampu tangani murid Orang Asli dari tercicir
Pelaksanaan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 Tahun ( K9) dilihat mampu menangani masalah keciciran pelajar dalam kalangan Orang Asli.

Warga emas hilang: SAR diperluas tujuh kilometer - APM
Warga emas itu hilang selepas mencari lembu ternakannya di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran rumahnya di Kampung Sega Tengah, Kuala Sawah, Rantau.