KUANTAN: Seorang warga emas maut selepas kereta Perodua Myvi dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar papan tanda lalu lintas di persimpangan empat lampu isyarat Jalan Bukit Ubi, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu, mangsa, Mohd Saupi Sulaiman, 60, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Jalan Bukit Ubi dalam perjalanan ke Bandar Kuantan.
"Apabila tiba di tempat kejadian, ketika mangsa sedang membelok ke kanan, kereta dipandu hilang kawalan dan terbabas melanggar papan tanda isyarat lalu lintas.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya hari ini.
Beliau memberitahu, siasatan awal juga mendapati kemalangan terbabit berpunca daripada kecuaian.
"Keadaan jalan di lokasi kejadian adalah jalan simpang empat lampu isyarat.
"Permukaan jalan rata dan jalan kering. Tahap pencahayaan cerah waktu awal pagi dan cuaca baik semasa sampai di tempat kejadian," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 10 2024

Keadaan kenderaan warga emas yang maut selepas ia hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar papan tanda lalu lintas di persimpangan empat lampu isyarat Jalan Bukit Ubi di Kuantan hari ini. Gambar kecil: Wan Mohd Zahari. - Foto Polis Trafik Kuantan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Warga emas maut langgar papan tanda
Ketika mangsa sedang membelok ke kanan, kereta dipandu hilang kawalan dan terbabas melanggar papan tanda isyarat lalu lintas.