Seorang warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini, atas dakwaan melakukan kesalahan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun pada Jun tahun lalu. Tertuduh yang juga seorang buruh berusia 61 tahun membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Mengikut pendakwaan, tertuduh melakukan jenayah seksual dengan menggesel kemaluannya pada mangsa yang juga anak kepada rakannya dalam kejadian pada bulan Jun 2020 kira-kira jam 2 petang di halaman sebuah di Selising, Pasir Puteh.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta yang sama. Sehubungan itu tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 20 Oktober depan untuk sebutan fakta kes dan menjatuhkan hukuman.
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025) Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.
PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI" Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini. Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Pejalan kaki warga emas maut dilanggar di Miri Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan di Jalan Airport, Miri, bahagian utara Sarawak malam tadi.
Wajibkan pemeriksaan kesihatan sebelum daki Gunung Kinabalu Mewajibkan pemeriksaan kesihatan sebelum mendaki Gunung Kinabalu antara langkah terbaik dalam memastikan keselamatan setiap pendaki, terutamanya dalam kalangan warga emas.
Lelaki warga emas maut berbalas tembakan dengan polis di Johor Bahru Seorang lelaki warga emas maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Taman Molek, Johor Bahru, kira-kira 3.10 pagi tadi.
Lebih 800 jururawat Sarawak ingin berkhidmat di negeri asal - Dr Sim Lebih 800 jururawat dari Sarawak yang kini bertugas di luar negeri berhasrat untuk berkhidmat di kampung halaman mereka, kata Timbalan Premier Sarawak.
Warga emas rugi lebih RM100,000 terpedaya pinjaman tidak wujud Seorang pesara kerugian RM105,311.72 selepas terpedaya sindiket penipuan pinjaman tidak wujud menerusi aplikasi WhatsApp, pada Februari lepas.
Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.
MEKAR: KPPN Turun padang serah MyKad gantian OKU sindrom down Ramadan buat seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down di Kampung Mak Kemas, Marang kali ini menjadi lebih bermakna apabila memperoleh kad pengenalan (MyKad) gantian hari ini.
AADK tahan 94 penagih dadah termasuk tiga warga emas di Melaka AADK menahan 94 lelaki termasuk tiga warga emas disyaki penagih dadah dalam Operasi Perdana yang dilaksanakan di tiga daerah di Melaka selama tiga hari bermula pada 24 Feb lepas.
Warga emas didenda RM6,000 miliki senapang patah buatan sendiri, 108 peluru Seorang lelaki warga emas didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan memiliki senapang patah buatan sendiri dan 108 butir peluru tanpa lesen.
Wanita warga emas ditahan jadi 'transporter' seludup baju sukan bernilai RM61,000 Hasil pemeriksaan telah menemui lebih 405 helai baju sukan pelbagai jenama bernilai RM61,000 dipercayai tiruan.