KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas retak tulang belakang selepas diserang seekor lembu di hadapan rumahnya di Bandar Menjalara, Kepong, di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, mangsa yang berusia 81 tahun dikatakan berdiri di hadapan pagar rumahnya untuk keluar.
"Ketika itu mangsa terlihat seekor lembu sedang berlari di taman berdekatan rumahnya. Namun secara tiba-tiba lembu tersebut lari ke arah mangsa dan bertindak menanduk perut mangsa sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.
"Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami retak tulang belakang dan sakit pada bahagian belakang bahu," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Eng Lai menambah, mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Desa Park City Medical Centre, di sini.
Beliau berkata, hasil semakan mendapati sebelum ini tular rakaman video berdurasi 3 minit 22 saat yang menunjukkan seekor lembu terlepas berhampiran Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala Sungai Buloh, di sini.
"Video itu menyaksikan aksi seorang kelindan cuba untuk menambat lembut tersebut namun disebabkan lembu itu bertindak agresif, ia terlepas dan lari menghala ke Sungai Buloh," katanya.
Menurutnya, polis kemudian menerima laporan daripada pengerusi Masjid Anas Bin Malik, Kampung Selayang Lama, di sini mengenai seekor lembu yang ditambat di kawasan masjid itu terlepas sewaktu proses mencucuk hidung lembu tersebut.
Eng Lai memberitahu, lembu tersebut disedekahkan orang awam untuk tujuan korban.
"Jadi kami percaya lembu yang terlepas lari ini adalah merupakan lembu yang menyebabkan kecederaan kepada mangsa," ujarnya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan kerana kecuaian melepaskan haiwan sehingga mendatangkan ancaman bahaya kepada nyawa orang awam.
Umavathi Ramayah
Sun Jun 26 2022

Polis menerima laporan daripada Pengerusi Masjid Anas Bin Malik, mengenai seekor lembu yang ditambat di kawasan masjid itu terlepas. - Gambar/ Media sosial

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.

Tegur bakar sampah, warga emas cedera di muka, kepala kena pukul
Menurut polis, suspek turut mengugut mahu memukul mangsa dengan kayu sebelum wanita itu berlari masuk ke dalam rumah.

Wanita warga emas cedera diserang beruk di Taman Tasik Taiping
Seorang wanita warga emas cedera selepas diserang sekumpulan beruk di Dataran Kedamaian Taman Tasik Taiping di sini, pagi ini.

Warga emas retak tulang belakang disondol lembu korban
Seorang lelaki warga emas retak tulang belakang selepas diserang seekor lembu di hadapan rumahnya di Bandar Menjalara, Kepong, di sini, pada Jumaat.

Ledakan tong gas waktu subuh cederakan warga emas, pintu tertanggal
Seorang warga emas cedera selepas gas memasak di rumahnya mengalami kebocoran sebelum meledak.