GEORGE TOWN: Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan supaya tidak berkompromi dengan isu integriti.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata semua ketua jabatan dan agensi di bawah kementerian itu bertanggungjawab membuat pemantauan dan sentiasa mengingatkan pegawai dan kakitangan masing-masing agar sentiasa mengamalkan integriti, tidak kira dalam apa jua keadaan.
"Semua warga jabatan dan agensi KDN, ingin saya ingatkan bahawa isu integriti tidak boleh dikompromi dalam menjalankan tugas masing-masing," katanya ketika berucap dalam Majlis Rahmah Berbuka Puasa Warga KDN di sini pada Ahad.
Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata sebagai kementerian dan jabatan barisan hadapan, beliau berharap warga KDN dapat meningkatkan lagi komitmen untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat walaupun ketika menjalani ibadah puasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 02 2023

SHAMSUL ANUAR: Semua warga jabatan dan agensi KDN, ingin saya ingatkan bahawa isu integriti tidak boleh dikompromi dalam menjalankan tugas masing-masing. - Foto fail/BERNAMA
AWANI Pagi: Kenapa remaja perempuan lebih mudah murung?
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIPagi bersama Hanisa Begam Najib Mohammad,Pakar Psikologi Klinikal, yang akan mengupas mengapa remaja perempuan dua kali ganda lebih berisiko mengalami kemurungan berbanding lelaki, faktor penyumbang, serta solusi untuk menangani isu ini.

Hutang isi rumah RM1.63 trilion, aset kewangan RM3.4 trilion setakat akhir Disember 2024
Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.63 trilion setakat akhir Disember 2024 atau bersamaan dengan 84.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ringgit mengukuh pada sesi awal ketika sentimen pasaran bercampur-campur
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah sentimen pasaran yang bercampur-campur.

Yayasan Peneraju perkenal skim pembiayaan, sasar penyertaan 7,200 bakat Bumiputera
Pengambilan pertama memfokuskan kepada golongan dewasa yang bekerja dan tidak bekerja, dengan sasaran seramai 7,200 pendaftaran.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
- Bazar Ramadan: DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga jual tapak
- Subsidi tiket penerbangan untuk hari raya diteruskan - MOT
- Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
#AWANIpagi #AWANInews
- Bazar Ramadan: DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga jual tapak
- Subsidi tiket penerbangan untuk hari raya diteruskan - MOT
- Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
#AWANIpagi #AWANInews

RUU PSB: Kos sara hidup pemilik hartanah dijangka meningkat mendadak
Melalui pindaan itu, projek pembangunan yang sebelum ini di bawah pembiayaan kerajaan dan sektor swasta kini diambil alih sepenuhnya pihak pemaju.

LRT3 dijadual mula beroperasi pada 30 September 2025
Ujian pengoperasian tren tanpa penumpang akan dilakukan dalam dua peringkat bagi memastikan

Jenazah Hud Aryan selamat dikebumikan di Tanah Merah
Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan apabila hampir 100 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir anak tunggal itu.

Caj kesesakan, inisiatif angkat martabat penghibur jalanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan berhubung inisiatif DBKL mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negara diajukan Prabakaran kepada Perdana Menteri.

EPL: Liverpool makin hampir pahat nama selaku juara!
Jaringan Dominik Szoboszlai dan Alexis Mac Allister memberi kemenangan terbaru Liverpool, manakala Arsenal hanya mampu seri di Nottingham Forest.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu
Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula Sosma khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam Sosma.

KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api
Keselamatan awam dan ketenteraman negara kekal menjadi keutamaan KDN dengan PDRM berada dalam keadaan kesiapsiagaan terbaik.

KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi 'masturbasi'
Kerajaan mengenakan Perintah Larangan ke atas tiga judul penerbitan buku, berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia.

Enam penerbitan dikenakan tindakan Perintah Larangan di bawah Akta 301
Enam tajuk penerbitan tersebut termasuk 'A Million Kisses In Your Lifetime' oleh Monica Murphy dan 'What If It's Us' oleh Becky Albertalli dan Adam Silvera.

KDN jangka kumpul 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir untuk dilupuskan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan mengumpul kira-kira 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir di Kelantan, Terengganu, dan Kedah untuk dilupuskan mengikut syarak.

KDN laksana pelan integrasi komprehensif bagi dua bekas tahanan Guantanamo
Pelan berkenaan dirancang untuk memastikan pemulihan menyeluruh serta membolehkan kedua-dua individu berkenaan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.

Rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo selamat tiba di tanah air - KPN
Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba sejak 18 tahun lepas, selamat tiba di tanah air hari ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.