SHAH ALAM: Seorang wanita warga Rusia mendedahkan perbuatan menceroboh Menara Merdeka 118 dengan memanjat ke puncak pencakar langit berkenaan baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di akaun Twitter miliknya pada Rabu, wanita yang dikenali sebagai Angela Nikolau itu menceritakan perjalanan dari awal bagaimana dia dapat memasuki menara itu tanpa disedari oleh mana-mana pihak.
Angela turut berkongsi beberapa gambar dan video berdurasi 7 saat mengenai perjalanan sewaktu memanjat menara tersebut.
"Saya mengakui jatuh cinta terhadap Menara Merdeka 118 sebaik melihatnya dan merasakan suatu sambungan secara spiritual.
"Ia merupakan bangunan yang sangat megah di tengah bandar menakjubkan. Saya terpaksa menemukannya dan berkongsi pemandangan itu dengan orang lain," katanya.
Wanita itu memberitahu dia menyewa sebuah apartmen dengan pemandangan menara yang bagus supaya boleh menjalankan pengawasan dan pemerhatian terhadap bangunan berkenaan sebelum memasukinya.
"Saya menghabiskan beberapa minggu mencari butiran penting yang perlu diketahui sebelum pergi ke sana," ujarnya.
Angela menceritakan misinya dimulakan dengan melakukan penyamaran iaitu memakai tudung, cermin mata dan seragam pekerja bangunan untuk memastikan identitinya tidak dikesan sebaik mungkin.
"Saya berlari ke 32 tingkat pertama dan berada dalam keadaan terlalu panas.
"Saya terpaksa baring di atas lantai konkrit dalam keadaan tidak berpakaian untuk menyejukkan diri sedikit dan minum semua air yang ada," katanya.
Wanita itu juga menceritakan detik cemas apabila dikesan ketika sedang berehat.
"Semasa berehat, saya menyedari bahawa saya telah dikesan dan kemudian mimpi ngeri bermula.
"Saya menjumpai tempat berlindung dalam kotak konkrit kecil di mana saya tidak dapat meregangkan kaki dan perlu menghabiskan lebih dari 20 jam dalam kotak tersebut," tambahnya.
Angela turut berkongsi keadaan dirinya pada 25 jam kemudian dengan tidak mempunyai makanan dan air selain tidak tidur.
"Saya tidak dapat meregangkan kaki dan seluruh badan kaku dan sakit. Saya tidak boleh menangis pun kerana pekerja berada berhampiran.
"Mereka boleh mendengar tangisan saya dan serahkan saya kepada pihak keselamatan. Ia adalah masa paling teruk dalam hidup saya," ujarnya.
Tambah Angela, tiga jam kemudian dia perlu meneruskan misi itu meskipun berada dalam keadaan sukar.
"Jika saya tidak mula bergerak, saya akan terlalu lemah untuk menyelesaikan misi itu.
"Saya perlu kuatkan diri dan mula melakukan sesuatu. Nasib baik pekerja di situ berehat dan saya boleh keluar dan berlari ke puncak menara!" katanya.
Angela memberitahu dia yang memanjat menara setinggi 53 tingkat itu turut memakai memakai beg galas seberat 15 kilogram.
"Saya tidak pasti saya mendakinya jika saya tahu betapa tingginya menara itu. Selepas saya selesai mendaki, saya tidak merasakan lengan saya dan tidak dapat mengangkatnya," katanya
Bagaimanapun, dia berkata, semangatnya meningkat semula sebaik melihat pemandangan menara tersebut.
"Ia adalah musim hujan jadi saya menjangkakan keadaan awan dan landskap kelabu. Sebaliknya saya melihat sinaran matahari dan kecantikan yang luar biasa
"Ia adalah keajaiban peribadi saya. Saya berasa terjaga dan bertenaga semula. Semuanya berbaloi!" ujarnya lagi.
Wanita itu menceritakan meskipun pendakian itu paling sukar dalam hidupnya namun ia adalah suatu pengalaman yang luar biasa.
"Saya tidak pasti saya akan dapat melakukannya lagi tetapi keindahan yang dilihat dan dirakam selain kongsikan dengan anda adalah luar biasa," katanya.
Angela menyatakan dia akan memuat naik Non-Fungible Token (NFT) khusus untuk Menara Merdeka 118 pada esok.
"Saya mahu orang lain juga memiliki pencapaian seperti ini," jelasnya.
Baru-baru ini tular gambar pasangan itu, Ivan Beerkus dan Angela Nikolau dari puncak bangunan kedua tertinggi di dunia berkenaan dimuat naik di laman sesawang SkyscraperCity.com.
Pada 29 Disember lalu, polis menerima satu laporan daripada pihak pengurusan Menara Merdeka 118 untuk tindakan lanjut mengenai kes pencerobohan pasangan dari Rusia yang dipercayai memanjat menara terbabit.
PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad (PMVSB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung tindakan pasangan yang memanjat ke puncak Menara Merdeka 118.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Jan 05 2023
Angela Nikolau berkongsi cara bagaimana dia menceroboh Menara Merdeka 118 dengan memanjat ke puncak pencakar langit berkenaan baru-baru ini di akaun Twitternya.
Anwar jumpa Keir Starmer, penyelesaian isu Palestin antara perbincangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Stammer yang berlangsung hari ini sebagai pertemuan yang baik.
SC akan lancarkan set peralatan bantu syarikat tersenarai penuh pematuhan NSRF
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bimbang terhadap keupayaan syarikat tersenarai dalam "Kumpulan 2" dan "Kumpulan 3" untuk mematuhi Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
AWANI Tonight 15 Jan 2025
AWANI Tonight with @fayekwan_
1. PM kicks off UK five-day work visit to boost trade and ties
2. 'TikTok refugees' flock to China's RedNote ahead of app's US ban
1. PM kicks off UK five-day work visit to boost trade and ties
2. 'TikTok refugees' flock to China's RedNote ahead of app's US ban
Peruntukan RM100 juta bukti komitmen kerajaan terhadap kemajuan ekonomi inklusif - KLSICCI
Peruntukan RM100 juta menerusi TEKUN Nasional untuk mempertingkatkan agenda pemerkasaan ekonomi masyarakat India menunjukkan komitmen kerajaan terhadap kemajuan ekonomi inklusif.
AWANI Tonight: TikTok refugees' flock to China’s Rednote before Jan 19 ban
Ahead of TikTok's looming U.S. ban, many American social media users are migrating to the Chinese app Xiaohongshu, which recently topped Apple's U.S. App Store.
Consider This: Multidimensional Poverty in the 21st Century
Despite decades of progress, poverty continues to trap millions in cycles of deprivation, and conventional measures often fail to reflect the full scope of their struggles. The Multidimensional Poverty Index, developed by the Oxford Poverty and Human Development Initiative, offers a revolutionary way to understand and address poverty by looking at deprivations in education, health, and living standards. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Dr Sabina Alkire, Director of the Oxford Poverty and Human Development Initiative. Together with Professor James Foster, she developed the Alkire-Foster method for measuring multidimensional poverty.
MAQIS serah 417 kotak keratan ayam sejuk beku kepada Zoo Negara
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menyerahkan 417 kotak keratan ayam sejuk beku seberat 5,004 kilogram (kg) yang dilucut hak kepada Zoo Negara semalam.
AWANI Tonight: Companies must hire 3 interns for every expat worker
Companies hiring expatriates must offer up to three internship placements for local university students as part of the HR Ministry's 1:3 Internship Policy, with the pilot phase to start from Feb 15.
Berkelakuan tidak senonoh, wanita gelandangan Rusia ditahan di Shah Alam
Polis mengesahkan menahan seorang wanita gelandangan warganegara Rusia yang tiada pengenalan diri di Setia Alam, di sini pada Rabu.
Warga Rusia dedah pengalaman ceroboh Menara Merdeka 118
Misi itu dimulakan dengan menyamar memakai tudung, cermin mata dan seragam pekerja bangunan untuk memastikan identitinya tidak dikesan.
Mayat wanita Rusia tersangkut pada sangkar ikan
Mangsa merupakan seorang warga Rusia berusia 34 tahun yang disyaki terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang jam 2.35 pagi Isnin.