KOTA BHARU: Seorang wanita warga Thailand mendakwa terpaksa menjual kerepek dan mengemis untuk mencari perbelanjaan mengubati anak sulungnya yang menghidap celebral palsy (CP).
Wanita berusia 46 tahun itu mendakwa berstatus ibu tunggal kepada dua anak perempuan berusia 18 dan 22 tahun selepas kematian suami lebih sembilan tahun lalu.
Menurut wanita yang dikenali sebagai Che Gayah, dia datang ke Kelantan minggu lalu untuk mencari rezeki selepas tempat kerjanya di Pattani ditutup sementara.
"Ketika ini saya menyewa sementara di sebuah rumah di bandar ini dengan membawa anak-anak kerana tiada sesiapa yang menjaga mereka," katanya ketika ditemui dalam Operasi Banteras Pengemis di sekitar bandar Kota Bharu.
Ketika serbuan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan di Pasar Siti Khadijah pada Sabtu, wanita berkenaan dikatakan meninggalkan dua anaknya di tepi tangga pasar itu untuk ke tandas.
Wanita itu terkedu selepas kembali ke lokasi dan melihat anaknya menangis dalam keadaan bingung di samping anggota penguat kuasa bertugas.
Bagaimanapun, selepas dipujuk, wanita itu dibawa ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Operasi dilaksanakan bersama pegawai dan anggota penguat kuasa JKM, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Imigresen dan JAHEIK.
Seramai 15 pengemis termasuk tujuh warga Thailand dan tiga kanak-kanak diselamatkan dalam operasi itu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 09 2023

Che Gayah (dua dari kanan) mendakwa terpaksa menjual kerepek dan mengemis untuk mencari perbelanjaan mengubati anak sulungnya yang menghidap celebral palsy (CP). - Foto Sinar Harian

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sembilan lelaki menyamar anggota penguat kuasa, rompak pekerja kebun sayur ditahan
Suspek didakwa menceroboh kawasan kebun itu dan merompak enam pekerja sehingga berlaku kecederaan terhadap mangsa.

Minta rasuah RM80,000, anggota penguat kuasa direman lima hari
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohamad Azlan Basri selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret George Town hari ini.

Anggota penguat kuasa ditahan bantu siasatan rasuah RM80,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang anggota penguat kuasa dipercayai meminta wang suapan kira-kira RM80,000 daripada seorang wanita.

Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat integriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.

Pegawai, anggota Imigresen perlu amal sikap amanah, taat setia - Zakaria
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban hari ini mengingatkan pegawai dan anggota penguat kuasa jabatan itu supaya sentiasa mengamalkan sikap amanah dan taat setia.

Pasport terbang: Tiga anggota penguat kuasa direman enam hari
Tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan direman enam hari bermula esok bagi membantu siasatan berhubung aktiviti 'pasport terbang'.

Anwar mahu anggota agensi penguat kuasa miliki nilai, disiplin tinggi
Anwar menggesa semua warga penguatkuasaan di bawah KDN untuk berubah, baik dari aspek fizikal mahupun spiritual, mengambil kira besarnya tanggungjawab anggota kementerian berkenaan.

Polis Kelantan-Thailand kerjasama siasat kes penyeludup diesel cuba tembak anggota kastam
Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kerjasama tersebut bagi mengesan suspek terlibat.

Peniaga warga asing 'lesap' ketika pemeriksaan KPDN
Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, rata-rata warga asing menganggap anggota KPDN merupakan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana berpakaian seragam.

3 anggota penguat kuasa ditahan minta rasuah daripada pemandu lori
Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 36 hingga 42 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Negeri Johor sekitar jam 7 malam.