ALOR SETAR: Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel, minggu lepas.
Witthaya Choochien, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Thai di hadapan Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali.
Pemandu lori itu didakwa memiliki barang kawalan iaitu 322 liter minyak diesel tanpa lesen, dalam tangki tambahan sebuah lori bernombor pendaftaran Thailand di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, kira-kira pukul 6.05 pagi pada 11 Julai lepas.
Bagi perbuatan itu Witthaya telah melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Sebelum itu Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Siti Nurdinasafira Mohd Sakri memohon mahkamah mengenakan jaminan RM15,000 ke atas tertuduh.
Bagaimanapun peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Lim Wei Yong yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan yang minimum memandangkan anak guamnya perlu menyara seorang isteri dan dua orang anak yang masih kecil.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM10,000 dengan dua orang penjamin warga tempatan dan menetapkan 9 Sept ini sebagai tarikh serahan laporan kimia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Witthaya Choochien (tengah) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini. - Foto Bernama
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Polis tahan warga Thailand seludup ganja bernilai lebih RM16,000 Polis tahan warga Thailand seludup ganja bernilai lebih RM16,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51730088076_tbwargaemasganja.jpg)
Polis tahan warga Thailand seludup ganja bernilai lebih RM16,000
Seorang lelaki warga Thailand ditahan kerana disyaki menyeludup ketulan mampat daun dianggarkan bernilai RM16,014 di sebuah stesen minyak di Salor.
![Warga Thailand didakwa edar lebih 5 kg dadah Warga Thailand didakwa edar lebih 5 kg dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725428292_TBMahkamah.jpg)
Warga Thailand didakwa edar lebih 5 kg dadah
Seorang wanita warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar lebih lima kilogram dadah jenis heroin bulan lepas.
![Miliki 160 liter petrol: Dua warga Thailand didakwa Miliki 160 liter petrol: Dua warga Thailand didakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722409635_wargaThailand.jpg)
Miliki 160 liter petrol: Dua warga Thailand didakwa
Dua warga Thailand mengaku tidak bersalah memiliki barang kawalan iaitu 160 liter petrol di Durian Burung, Padang Terap.
![Mayat wanita warga Thailand ditemukan ditembak Mayat wanita warga Thailand ditemukan ditembak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721525117_tbMayatwanitakawa.jpg)
Mayat wanita warga Thailand ditemukan ditembak
Mayat wanita berusia lingkungan 30-an itu ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring di tepi jalan lama di kawasan itu.
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
![Polis Kelantan rampas 30 ketulan mampat ganja, 18,000 pil yaba Polis Kelantan rampas 30 ketulan mampat ganja, 18,000 pil yaba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719151670_TBrampasanpolis.jpg)
Polis Kelantan rampas 30 ketulan mampat ganja, 18,000 pil yaba
Polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 30 ketulan mampat dadah jenis ganja seberat 31.73 kilogram (kg) dan 18,000 biji pil yaba dalam dua serbuan berasingan pada Khamis lepas.
![JKDM patahkan cubaan seludup keluar diesel lebih RM4,000 ke negara jiran JKDM patahkan cubaan seludup keluar diesel lebih RM4,000 ke negara jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715599891_TBIsmailHashim.jpg)
JKDM patahkan cubaan seludup keluar diesel lebih RM4,000 ke negara jiran
JKDM Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup 2,001 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM4,302.15 ke negara jiran dalam tiga rampasan berasingan pada 24 April lepas.
![Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708650559_TBLemas.jpg)
Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
![Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689054856_courtgavelmahkam.jpg)
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
![Edar dadah dalam pek minuman segera, lima ditahan termasuk wanita Thailand Edar dadah dalam pek minuman segera, lima ditahan termasuk wanita Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710841988_TBRAMPASANDADAH.jpg)
Edar dadah dalam pek minuman segera, lima ditahan termasuk wanita Thailand
Polis menumpaskan sindiket memproses dan mengedar dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine yang dibungkus dalam peket minuman segera.