PUTRAJAYA: Warganegara asing yang melanggar peraturan prosedur operasi standard (SOP) langkah-langkah pencegahan COVID-19 boleh dikenakan tindakan pembatalan pas dan sebarang kemudahan imigresen yang telah diberikan, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud.
Beliau berkata individu yang didapati bersalah juga akan diusir pulang ke negara asal dan disenaraihitamkan daripada memasuki negara ini semula, seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 8 dan Seksyen 9 Akta Imigresen 1959/63.
"Sehubungan dengan itu, Jabatan Imigresen menasihatkan supaya semua warganegara asing mematuhi arahan dan peraturan semasa agensi-agensi kerajaan berhubung langkah-langkah pencegahan pandemik COVID-19," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Tak pakai pelitup muka: "Ia adalah pilihan saya," kata 'Karen Dior'
BACA: Polis siasat dua warga asing tidak pakai pelitup muka di Taman KLCC
Beliau berkata kebelakangan ini, tular dalam media sosial isu warganegara asing yang melanggar SOP pencegahan COVID-19, malahan terdapat antara mereka yang sengaja mencabar pihak berkuasa supaya mengambil tindakan ke atas mereka.
Sebelum ini, hangat isu seorang wanita warga asing yang tidak memakai pelitup muka dan naik berang selepas tidak dibenarkan memasuki sebuah premis butik mewah di pusat beli-belah Suria KLCC, bulan lepas.
Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan dua wanita warga asing yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di Taman KLCC baru-baru ini.
Bernama
Thu Nov 18 2021

Khairul Dzaimee berkata individu yang didapati bersalah juga akan diusir pulang ke negara asal dan disenaraihitamkan daripada memasuki negara ini semula. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Harga makanan sudah masak sukar dikawal - PM
Tiada garis panduan berhubung perkara itu setakat ini, kata Perdana Menteri.

PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.

Pematuhan SOP sektor perdagangan pengedaran hampir 100 peratus - Nanta
Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara oleh 1.09 juta premis sektor perdagangan pengedaran di seluruh negara kini mencapai 99.9 peratus.

KPDNHEP Terengganu rekod 668 kes pelbagai kesalahan sepanjang 2021
Semua kesalahan berkenaan melibatkan nilai rampasan barangan sebanyak RM1.27 juta dan kompaun bernilai RM189,750.

Fasa 4 PPN: Pasukan pemantau SOP PDRM dan KKM diteruskan - Polis Kelantan
Pasukan pemantau PDRM dan KKM akan terus menjalankan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) meskipun Kelantan beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai esok.

Polis P. Pinang tingkatkan rondaan patuh SOP ekoran varian baharu COVID-19
Polis Pulau Pinang meningkatkan rondaan di lokasi-lokasi tumpuan di negeri ini termasuk di tempat dan kelab rekreasi bagi memastikan pematuhan SOP PPN.

Warganegara asing langgar SOP COVID-19 boleh diusir - Imigresen
Warganegara asing yang melanggar peraturan SOP langkah-langkah pencegahan COVID-19 boleh dikenakan tindakan pembatalan pas dan sebarang kemudahan imigresen.

Pemerkasaan komuniti penting dalam peralihan pandemik kepada endemik - Annuar Musa
Pemerkasaan komuniti dari aspek kawalan kendiri terhadap pematuhan SOP bagi mencegah jangkitan COVID-19 merupakan perkara penting dalam suasana peralihan negara daripada fasa pandemik kepada endemik.

Putrajaya jadi tumpuan warga tempatan, asing beriadah
Banyak kawasan menjadi tumpuan mereka terutama pada hujung minggu dan di Putrajaya, antara yang popular termasuk Dataran Putrajaya serta Tasik Putrajaya.

Pembukaan Langkawi: Banyak perkara perlu diperbaiki terutama pematuhan SOP - Tun M
Antara tumpuan yang perlu diberikan adalah membabitkan pematuhan SOP dalam kalangan pelancong selain memudahkan proses kemasukan pelancong ke pulau peranginan itu.