KUALA LUMPUR: Parti Warisan Sabah (WARISAN) menggesa kerajaan menekankan beberapa kewajaran dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021.
Menerusi kenyataan bersama tiga ahli parlimen WARISAN berkata, antara yang ditekankan adalah mewujudkan koordinasi, pengendalian dan pengurusan yang tersusun serta cekap bagi melancarkan urusan berkaitan vaksinasi.
Ia termasuk pelaksanaan proses pendaftaran buat mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin tanpa perlu bergantung kepada aplikasi MySejahtera.
Menurutnya lagi, perkara itu penting bagi mencapai kadar vaksinasi lengkap bagi semua lapisan masyarakat di negeri itu.
‘’Selain itu, mempercepat program vaksinasi buat golongan pendidik dan pelajar di seluruh sekolah di Sabah yang tertumpu kepada sekolah-sekolah di luar bandar dan pedalaman.
‘’Juga kebenaran pergerakan rentas daerah dan negeri bagi mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin dengan sijil vaksinasi berdigital dijadikan piawaian pergerakan,” kata kenyataan itu.
Malah, WARISAN juga menggesa penetapan SOP yang bersifat praktikal melalui pemantauan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dan daerah-daerah dengan mengambil kira penilaian risiko tertentu.
Kenyataan dikeluarkan selepas pertemuan secara maya melibatkan Datuk Darell Leiking (Penampang), Datuk Rozman Isli (Labuan) dan Ma’mun Sulaiman (Kalabakan) dengan Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat.
Antara lain mereka turut meminta kerajaan mempertimbangkan dengan terperinci dengan beberapa pendekatan bersandarkan realiti dan sains berkenaan pembukaan sektor perniagaan kecil seperti kedai runcit.
‘’Kami juga menyampaikan rasa prihatin terhadap aspek pemudahcara bagi sistem bantuan tunai mahupun kredit bagi golongan-golongan yang terkesan dari aspek kelangsungan kewangan.
‘’Ini melibatkan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di daerah berisiko tinggi di negeri Sabah khususnya petani, nelayan dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam aktiviti pertanian dan perikanan sebagai sumber utama mata pencarian.
‘’Ia sekali gus melibatkan pengusaha yang terlibat dalam rantaian pembekalan (supply chain) bagi sektor pelancongan dan hospitaliti, khususnya di kawasan-kawasan pulau dan pusat tumpuan pelancong di Sabah,’’ tambah kenyataan itu lagi.
Pada masa sama, WARISAN mengingatkan kerajaan untuk menyegerakan pelan lengkap bagi melancarkan pembangunan di Sabah yang terencat disebabkan kecelaruan dan kekeliruan SOP yang dikuatkuasakan.
Agihan peruntukan sewajarnya perlu diperkemaskan agar setiap proses ke arah mewujudkan pembangunan fizikal yang meranqkumi capaian internet dapat diurustadbir dengan baik bagi mempercepatkan proses peralihan ke fasa-fasa pemulihan yang seterusnya.
‘’Perihal capaian internet di kawasan luar bandar yang masih rendah wajar diberi tumpuan serius kerana ia melibatkan pembangunan pendidikan anak-anak yang banyak dilaksanakan secara pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR).
‘’Kami juga mencadangkan agar kerajaan dapat mempelbagaikan sumber pendapatan dengan menggunapakai kaedah ‘carbon sequestration’ (penyerapan karbon) khususnya di Sabah yang merupakan pengeluar utama minyak kelapa sawit dan koko di Malaysia,’’ ujarnya lagi.
Tambah WARISAN, mereka juga berpandangan bahawa perbincangan ini merupakan suatu usaha bipartisan yang sewajarnya diberi penelitian dan pertimbangan agar tidak ada sebarang aspek tercicir dalam fokus menjayakan PPN.
Syafik Shukri Jalil
Sat Jul 17 2021

WARISAN juga mengingatkan agar menyegerakan pelan lengkap bagi melancarkan pembangunan di Sabah yang terencat disebabkan kecelaruan dan kekeliruan SOP yang dikuatkuasakan. FOTO:BERNAMA
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Kluster baharu libatkan kumpulan berisiko dikesan di Tuaran
Kluster melibatkan seorang pelajar wanita berumur 20 tahun yang sedang menjalani latihan praktikal.

COVID-19: 29 kluster institusi pendidikan masih aktif di Sabah
Jumlah itu tidak termasuk satu kluster yang ditamatkan pada Jumaat iaitu Kluster Jalan Terusan.

COVID-19: 4,794 kes positif di Sabah, dijangka terus meningkat
Sabah hari ini melaporkan pertambahan 4,794 kes positif COVID-19 dan negeri ini dijangka akan terus merekodkan kes positif harian yang tinggi dalam masa terdekat.

COVID-19: Kes positif saringan individu bergejala terus meningkat di Sabah
Sebanyak 232 daripada 476 kes positif COVID-19 dikesan menerusi saringan individu bergejala di Sabah.

COVID-19: Satu lagi kluster melibatkan institusi pendidikan dikesan di Sabah
Sejumlah 367 kes positif COVID-19 dilaporkan di Sabah pada Isnin dengan satu kluster institusi pendidikan melibatkan Kluster Lorong Api-Api dikesan di negeri itu.

COVID-19: 29 kes positif baharu di Sabah belum terima vaksin, 38 kes bawah 12 tahun
29 atau 11.3 peratus kes positif COVID-19 yang dilaporkan di Sabah hari ini melibatkan individu yang masih belum menerima suntikan vaksin.

COVID-19: Majlis keagamaan cetus satu kluster baharu di Sabah
Satu kluster baharu COVID-19 dikesan di daerah Kuala Penyu, Sabah dengan 24 kes positif dilaporkan termasuk empat kes baharu hari ini.

JKNS perkenal projek RAVO, perhebat vaksinasi outreach di Sabah
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaksanakan projek Rapid Assessment and Vaccination Operation (RAVO) dalam usaha memperhebat program vaksinasi secara outreach di negeri itu.

Semua negeri capai 80 peratus bulan ini kecuali Sabah - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) yakin semua negeri di seluruh negara mampu mencapai unjuran 80 peratus penduduk dewasa divaksinasi pada bulan Oktober, kecuali Sabah.

Vaksin COVID-19: Ke mana 'menghilang' lebih 150,000 penduduk dewasa Sandakan?
Lebih 150,000 penduduk dewasa di Sandakan dilaporkan belum menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat ini.