KAJANG: Kerajaan mengesahkan telah menghantar pulang wartawan Pakistan, Syed Fawad Ali Shah yang dilaporkan hilang di Malaysia sejak 23 Ogos lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, keberadaan individu itu di negara ini membuatkan Pakistan membuat permohonan untuk menghantar pulang individu tersebut.
"Permohonan atas permintaan Pakistan pada kerajaan ketika itu, bukan kerajaan sekarang (Kerajaan Perpaduan)... ini dibuat lebih awal pada Ogos, jadi itu faktanya.
"Kerajaan ketika itu berjaya mengesan Fawad dan seawal minggu ketiga bulan Ogos, beliau telah dihantar pulang ke Islamabad.
"Saya boleh sahkan berdasarkan rekod rasmi, tindakan yang dibuat bersesuaian dengan permintaan kerajaan Pakistan. Kita dah kesan dan kemudian hantar dia (Fawad) pulang," katanya ketika sidang media selepas hadir lawatan rasmi di Penjara Kajang pada Selasa.
Mengulas lanjut, Saifuddin turut menyatakan bahawa Malaysia mengenali individu tersebut sebagai seorang wartawan.
Sebaliknya, sumber yang diterima daripada Pakistan menyatakan Fawad merupakan seorang anggota polis yang mempunyai masalah disiplin.
"Media kita kenali dia sebagai wartawan tetapi versi rasmi dari Pakistan, beliau merupakan bekas anggota polis yang ada masalah disiplin.
"Walaupun bekas polis yang ada kes, beliau ada keupayaan menulis yang baik jadi tulisannya banyak kritik kerajaan Pakistan... Saya baru sahaja diberi maklum kes ini seminggu lebih," katanya lagi.
Sebelum ini, Syed Fawad pernah ditahan pihak berkuasa Pakistan pada 2008 berhubung penulisannya berkaitan kehilangan paksa penduduk di negara itu.
Selain itu, individu yang dikatakan sebagai wartawan itu juga pernah ditahan selama 18 hari oleh pegawai risikan Pakistan sebelum diberi amaran agar berhenti menulis isu seumpama itu.
Syed Fawad pernah berkunjung ke Malaysia pada 2011 melalui Thailand sebelun diberi status pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).
Baru-baru ini, isteri kepada Syed Fawad turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar campur tangan berhubung isu kehilangan suaminya.
Dakwanya, wujud beberapa perkara yang mencurigakan berhubung penghantaran pulang suaminya ke negara asal.
Hilmi Malik
Tue Jan 03 2023

Saifuddin berkata, keberadaan individu itu di negara ini membuatkan Pakistan membuat permohonan untuk menghantar pulang individu tersebut. - Astro AWANI

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Wartawan Pakistan hilang telah dihantar pulang - Saifuddin
Saifuddin berkata, keberadaan individu itu di negara ini membuatkan Pakistan membuat permohonan untuk menghantar pulang individu tersebut.

Wartawan TV Pakistan dipecat selepas sertai lawatan ke Israel
Gara-gara sertai lawatan ke Israel anjuran kumpulan asing yang mahu mempromosikan hubungan pro-Israel di negara Islam.