KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia (CSM) mengeluarkan amaran kepada pengguna dan organisasi untuk sentiasa berhati-hati selepas isu gangguan global CrowdStrike baru-baru ini kerana penjenayah siber mungkin melancarkan serangan seperti pancingan atau phishing.
CSM dalam hantaran menerusi Facebook hari ini memaklumkan semua pihak perlu berhati-hati dalam menerima panggilan tidak dikenali, e-mel pancingan data, laman web pancingan data atau mesej yang meminta memuat turun kemas kini perisian atau menyediakan akses jarak jauh untuk baik pulih komputer berikutan gangguan global itu.
"Pengguna dan pentadbir sistem juga dinasihatkan mengambil langkah waspada seperti menyekat domain berbahaya dengan proksi, menapis spam dan mekanisme keselamatan untuk mencegah sebarang pancingan dan ancaman, selain melaksanakan pemantauan berterusan untuk segera mengesan dan menyelesaikan isu.
"Organisasi juga dinasihatkan agar menggunakan produk tempatan yang disahkan untuk sistem kritikal, selain menguji kemas kini perisian dengan teliti dalam persekitaran yang menyerupai sasaran penyebaran untuk mengesan masalah awal," maklum agensi itu dalam hantaran berkenaan.
Pada masa yang sama CSM menasihati pengguna supaya sentiasa mengamalkan amalan terbaik bagi pengguna Internet dengan sentiasa mengesahkan e-mel mencurigakan dan pautan sebelum klik atau muat turun terutama daripada pengirim tidak dikenali.
"Periksa nama domain pautan dalam e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) untuk memastikan kesahihan. Layang tetikus untuk sahkan ia menuju pelokasi sumber seragam (URL) yang betul.
"Pastikan komunikasi daripada sumber rasmi dan berwaspada terhadap pancingan yang berpura-pura sebagai CrowdStrike atau entiti dipercayai lain," menurut hantaran itu.
CSM turut menggesa orang ramai untuk melaporkan transaksi bank yang mencurigakan segera kepada hotline bank 24 jam seminggu atau hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 dalam 24 jam.
Pada Jumaat, media melaporkan institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, saluran media dan hospital di beberapa negara terjejas akibat gangguan teruk teknologi maklumat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 21 2024
Hati-hati jika terima panggilan tidak dikenali, e-mel pancingan data, laman web pancingan data atau permintaan memuat turun kemas kini perisian.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Waspada terima panggilan dakwa 'Pegawai Cybersecurity Malaysia'
CSM menegaskan mereka tidak membuat panggilan sedemikian kepada orang ramai.
CyberSecurity rekod 5,181 insiden keselamatan siber setakat Oktober
Sebanyak 5,181 insiden keselamatan siber direkodkan oleh pusat tindak balas insiden keselamatan siber (Cyber999) CyberSecurity Malaysia dari Januari hingga Oktober tahun ini.
Akademi Keselamatan Siber Malaysia mula operasi suku kedua tahun depan
Akademi Keselamatan Siber Malaysia yang dibangunkan oleh CyberSecurity Malaysia (CSM) dijangka mula beroperasi pada suku kedua tahun depan.
Akademi Keselamatan Siber ditubuh untuk tampung lebih 26,000 kekosongan tenaga kerja - Ahmad Zahid
Akademi Keselamatan Siber akan ditubuh bagi menampung lebih 26,000 kekosongan tenaga kerja dalam bidang itu.
Sistem PADU selamat lindungi data pengguna - CSM
Keselamatan sistem PADU juga dipantau secara berterusan oleh agensi kerajaan yang kompeten dan bertauliah.
CyberSecurity Malaysia tingkat kemudahan makmal keselamatan siber, terima pengiktirafan
Kementerian Digital melalui agensinya CSM telah meningkatkan kelengkapan kemudahan makmal keselamatan siber yang turut menerima akreditasi serta pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Cybersecurity Malaysia meterai MoU dengan CTM360 perangi ancaman siber
CyberSecurity Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CTM360 W.L.L untuk memerangi ancaman siber di Malaysia.
CyberSecurity keluar amaran insiden peningkatan ketirisan data peribadi
CyberSecurity mengeluarkan amaran berhubung peningkatan ketara insiden ketirisan data peribadi serta penjualannya di laman web tertutup.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Jawatankuasa APCERT bagi penggal 2023-2025
Anugerah APCERT 2023 merupakan pengiktirafan terhadap usaha, kesungguhan dan komitmen negara, dalam menangani ancaman siber di rantau Asia Pasifik.
Cyber999 rekod 3,837 insiden keselamatan siber tahun ini - Teo Nie Ching
Sebanyak 3,837 insiden keselamatan siber direkodkan oleh pusat tindak balas insiden keselamatan siber Cyber999 CyberSecurity Malaysia, dari Januari hingga Ogos tahun ini.