KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada serta berhati-hati dengan peningkatan kes demam malaria di negeri itu kebelakangan ini.
Ia berikutan terdapat pertambahan kes yang ketara iaitu daripada lapan kes bagi tempoh Januari hingga April 2022 kepada 17 kes bagi tempoh sama tahun ini di Terengganu.
Pengarahnya Datuk Dr Kasemani Embong berkata daripada 17 kes dilaporkan tahun ini, sebanyak 16 kes melibatkan kes malaria zoonotik manakala satu lagi kes import malaria manusia (Plasmodium vivax).
"Kita dapati terdapat peningkatan kes yang ketara iaitu sebanyak 112.5 peratus tahun ini berbanding tahun lalu dan daerah Hulu Terengganu mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak sembilan kes.
"Bagaimanapun tiada wabak atau kematian akibat malaria dilaporkan setakat ini, sama seperti tempoh sama tahun lalu," katanya kepada Bernama.
Sehubungan itu, Dr Kasemani menasihatkan orang ramai supaya segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami gejala malaria seperti demam, sejuk menggigil, berpeluh dan lemah tubuh badan.
Sebagai langkah pencegahan terutama bagi penduduk di kawasan hutan dan pinggir hutan, mereka dinasihatkan agar memakai pakaian yang melindungi keseluruhan badan daripada gigitan nyamuk, menggunakan ubat penghalau nyamuk dan mengelak berada di luar rumah pada waktu malam.
"Mereka yang mengalami gejala terutama yang mempunyai sejarah pergi ke kawasan berisiko malaria atau pulang dari negara endemik malaria seperti Indonesia, Filipina atau India perlu segera mendapatkan rawatan.
"Saya nak ingatkan bahawa malaria boleh membawa maut jika tidak dirawat dan didiagnos lebih awal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023

Dr Kasemani berkata daripada 17 kes dilaporkan tahun ini, sebanyak 16 kes melibatkan kes malaria zoonotik manakala satu lagi kes import malaria manusia. - Gambar fail/ Bernama

Malaysia zon endemik denggi: Pengesanan awal penting cegah komplikasi teruk kanak-kanak
Denggi masih menjadi isu kesihatan awam yang penting di Malaysia, dengan negara ini diklasifikasikan sebagai zon endemik berikutan virus berkenaan telah tersebar meluas di semua kawasan.

Lapan lagi saksi akan dipanggil SPRM berkait kes bekas pegawai Ismail Sabri
Lapan lagi saksi akan dipanggil SPRM berkait kes bekas pegawai Ismail Sabri
AWANI Ringkas: Penganggur didakwa bunuh peniaga wanita
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Video promosi VM2026 dikemas kini setiap suku tahun
Video promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) akan dikemas kini setiap suku tahun bagi memastikan ia relevan dengan tarikan pelancongan terkini di seluruh negara.

PM Anwar beri sumbangan tunai bantu nelayan terjejas pendapatan
Keadaan rumah nelayan tersebut, Supian Saman, sangat daif dengan dinding rapuh dan bumbung yang tidak mampu menahan hujan lebat.

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Penghuni pulau di Australia dipindahkan akibat Siklon Tropika Alfred
Penduduk dan pelancong di sebuah pulau di luar pantai timur laut Australia akan mula dipindahkan ke tanah besar susulan ancaman yang ditimbulkan oleh Siklon Tropika Alfred, lapor Xinhua.

PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara
Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan, tetapi juga merosakkan keselamatan serta keamanan negara.
Seniman jalanan dicadang pakai batik, Jadikan sebagai anak angkat DBKL
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan seniman jalanan dijadikan sebagai anak angkat kepada DBKL dan memperkenalkan pakaian batik sebagai identiti mereka.
Seniman jalanan diharap tidak hanya main lagu 'tangkap leleh'
Kerajaan berharap seniman jalanan khususnya di ibu negara supaya tidak hanay memainkan lagu-lagu jiwang atau tangkap leleh sahaja.

JKNT rekod 33 episod keracunan makanan setakat Ogos lepas
Sebanyak 33 episod keracunan makanan direkodkan di Terengganu sejak Januari hingga Ogos lepas.

Kes malaria meningkat 75 peratus di Terengganu
Daripada 21 kes dilaporkan, 20 kes merupakan malaria zoonotik manakala satu kes malaria import dari jangkitan manusia.

Waspada peningkatan malaria
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada serta berhati-hati dengan peningkatan kes demam malaria di negeri itu kebelakangan ini.

JKNT rampas ubatan, kosmetik tidak berdaftar bernilai hampir RM1 juta
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merampas sebanyak 544 jenis produk kosmetik dan ubat-ubatan tidak berdaftar bernilai RM954,727 sepanjang tahun lepas.

Enam fasiliti kesihatan masih ditutup akibat banjir di Terengganu
Sebanyak enam fasiliti kesihatan di Terengganu masih ditutup disebabkan banjir yang melanda pada 18 Disember lepas.

Terengganu catat peningkatan kes denggi
Terengganu merekodkan peningkatan kes denggi sebanyak empat kali ganda dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

JKNT jejak penerima sijil vaksin palsu
Golongan tersebut akan diberi nasihat dan kaunseling bagi mendapatkan suntikan vaksin yang sebenar.

COVID-19: 12 kes babitkan varian Delta dikesan di Terengganu
Peningkatan varian Delta amat membimbangkan ekoran keboleh jangkitan yang tinggi dan sifatnya yang sentiasa berubah.

JKNT nafi kes COVID-19 di Pasar Borong Gong Pauh
Sebenarnya, aktiviti saringan yang dijalankan terhadap peniaga di pasar berkenaan semalam adalah sebagai langkah berjaga-jaga dan proaktif dilakukan pihaknya untuk mencegah penularan wabak itu.