KUALA LUMPUR: Sebuah 'wayang pacak' akan dipasang di semua 222 kawasan Parlimen pada 20 Julai ini bagi menayangkan siaran secara langsung Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17 berkata inisiatif yang dikelolakan Jabatan Penerangan bersama badan sukarela Komuniti MADANI itu juga akan menampilkan beberapa acara sampingan untuk masyarakat.
"Senarai lokasi di setiap kawasan Parlimen akan diumumkan awal minggu depan. Kita buat wayang pacak supaya masyarakat boleh hadir beramai-ramai untuk menyaksikan istiadat penuh adat dan tradisi itu, selain kita juga akan menyediakan aktiviti lain seperti pameran, sesi penerangan dan lain-lain.
"Kita mahukan seluruh Malaysia dapat bersama-sama meraikan acara penting ini di samping menunjukkan keunikan Institusi Raja Berpelembagaan supaya semua lapisan masyarakat dapat menghayati keistimewaan yang hanya terdapat di Malaysia," katanya pada sesi bersama media di Bangunan Parlimen, di sini.
Fahmi berkata selain sebagai langkah memperluaskan liputan siaran istiadat pertabalan itu, wayang pacak berkenaan juga membuka ruang untuk rakyat memahami konsep Institusi Raja Berpelembangaan.
"Berdasarkan pengalaman kita ketika jelajah 'Kembara Kenali Borneo' oleh Yang di-Pertuan Agong ke -16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, rakyat amat dekat dengan institusi raja.
Beliau berkata pada hari istiadat pertabalan itu nanti, Kementerian Komunikasi bersama agensi di bawahnya serta agensi media tempatan akan memastikan liputan media dan siaran langsung dilaksanakan dengan baik dan secara besar-besaran.
Fahmi berkata ia turut melibatkan siaran langsung dan 'live feed' di platform media sosial untuk memudahkan seluruh rakyat termasuk yang menetap di luar negara menyaksikan acara bersejarah itu.
"Ini acara (istiadat pertabalan) yang unik di dunia, Malaysia antara negara yang mengekalkan proses pelantikan dan pemilihan ketua negara, ia sistem penggiliran yang sangat unik. Ini peluang rakyat Malaysia untuk menyaksikan sendiri nanti," katanya.
Fahmi berkata Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah serta Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa berkenaan untuk berangkat ke istiadat itu dan Sultan Ibrahim juga berkenan menjemput bekas Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong untuk hadir.
Acara-acara bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan bermula pada 18 Julai ini dengan majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara, diikuti Khutbah Jumaat khas yang memberikan penjelasan serta peringatan kepada umat Islam mengenai kepentingan Institusi Raja Berperlembagaan pada 19 Julai.
Masjid di Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri yang tiada Raja atau Sultan akan menggunakan teks khutbah berkenaan, manakala negeri lain tertakluk pada perkenan Raja atau Sultan masing-masing.
Pada malam 20 Julai, akan berlangsung Majlis Santapan Diraja di Istana Negara.
Sementara itu Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dijadual berangkat ke Hospital Orang Asli Gombak pada 23 Julai, sementara Pameran Raja Kita di Muzium Negara diadakan pada 25 Julai sebelum acara-acara sempena Istiadat Pertabalan diakhiri dengan Jamuan Teh Diraja di Istana Negara pada 27 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024
Fahmi berkata inisiatif yang dikelolakan Jabatan Penerangan bersama badan sukarela Komuniti MADANI itu juga akan menampilkan beberapa acara sampingan untuk masyarakat. - Gambar fail/Bernama
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Januari 2025.
BHEUU tidak terima sebarang pemakluman daripada Istana Negara
BHEUU sahkan bahawa tiada sebarang dokumen tambahan berkaitan permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak dalam fail atau rekod rasminya.
Himpunan Solidariti Najib: Pas beri jaminan tiada kejadian luar kawal
Pas memberi jaminan tiada kejadian yang akan berlaku di luar kawalan ketika berlangsungnya himpunan Solidariti Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak Menuntut Keadilan pada Isnin.
Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Januari 2025.
Pengampunan banduan: Kemuka permohonan, Agong punyai kuasa prerogatif - Istana Negara
Seri Paduka Baginda juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah.
Majlis Raja-Raja ke-267 bermula esok
Majlis Raja-Raja ke-267 akan berlangsung selama dua hari bermula esok dan dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Agong berkenan terima watikah pelantikan sembilan ketua perwakilan asing ke Malaysia
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Duta Besar Malaysia ke Algeria dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada.
Agong terima panggilan telefon daripada Raja Charles III
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Khamis menerima panggilan telefon daripada Raja Britain Raja Charles III, di Istana Negara.
Agong kurnia watikah pelantikan tujuh perwakilan ke luar negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada tujuh perwakilan Malaysia ke luar negara.