KATOWICE: Sebarang perubahan dan tindakan harus bermula dari sekarang walaupun dalam skala kecil bagi mendapatkan hasil dan impak besar ke atas kualiti kehidupan.
Ini termasuklah hal berkaitan pembangunan dan perancangan bandar mampan yang memerlukan kerjasama serta gerak kerja inklusif semua pihak.
Ketua Eksekutif Urbanice Malaysia, Norliza Hashim berpendapat, kesedaran dan pengetahuan masyarakat umum di Malaysia berkenaan bandar mampan sudah bermula sekitar tahun 1990 lagi, dan ia semakin diperkasakan dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Memang dari tahun 1990 pun kita sudah mulakan proses menjadikan bandar kita lebih berdaya huni atau mampan.
"Cuma fragment dan program itu tidak kesampaian kepada hala tuju apa yang kita mahukan.
"Apa yang kita mahukan ialah ke arah menjadikan komuniti tu lebih diperkasakan supaya mereka boleh own the program, boleh sama-sama menjalankan program dan boleh jalankan sendiri.
"Kita buat banyak program kesedaran dan latihan termasuk latihan untuk kanak-kanak sekolah yang kita panggil SDG Camp.
"Kita cuba terangkan apa itu SDG pada mereka dan kita juga cuba nak faham dari sudut persepsi kanak-kanak apa mereka mahu dalam kehidupan akan datang.
"Kita boleh nampak kanak-kanak sekarang mementingkan isu seperti nakkan kawasan lapang, kawasan permainan pun kurang. Mereka harapkan bandar yang lebih selamat dan mereka juga mahukan teknologi.
"Dalam pemikiran mereka, bagaimana teknologi boleh menambah baik daya huni. Isu congestion juga sesuatu yang mereka sebut.
"Jadi kanak-kanak pun memainkan peranan," katanya ketika muncul dalam program Agenda AWANI yang bersiaran dari Katowice, Poland, sempena World Urban Forum (WUF2022), pada Selasa.
Tambahnya lagi, sebagai sebuah negara yang pesat membangun, penambahbaikan yang perlu adalah dari segi keterlibatan dan pemahaman terhadap isu yang menjadi kebimbangan orang ramai.
Ini penting bagi membolehkan penyelesaian yang diberi benar-benar membantu menangani isu tersebut.
WUF merupakan persidangan global yang dimulakan pada 2001 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai platform bagi membincangkan isu pembandaran pesat dan kesannya terhadap komuniti, bandar, ekonomi, perubahan iklim dan polisi.
Malaysia diwakili lebih 200 peserta delegasi, diketuai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Madiha Abdullah
Wed Jun 29 2022

Norliza berkata sebagai sebuah negara yang pesat membangun, penambahbaikan yang perlu adalah dari segi keterlibatan dan pemahaman terhadap isu yang menjadi kebimbangan orang ramai. -Gambar fail/Facebook Urbanice Malaysia
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Pemimpin belia EU dan ASEAN teroka peranan dalam pembangunan bandar mampan
Pemimpin belia dari Eropah dan Asia Tenggara berhimpun di Bangkok bagi menyertai bengkel 'EU-ASEAN Youth Exchange on Sustainable Urban Development'.

Lebih 30 kawasan di KL dikenal pasti untuk projek pembaharuan bandar - Shahidan
DBKL telah mengenal pasti lebih 30 kawasan yang boleh dilaksanakan projek pembaharuan bandar supaya kawasan terlibat dapat menawarkan kualiti hidup lebih baik kepada penduduk.

Bandar masih jadi pilihan pasca pandemik
Migrasi dari bandar ke luar bandar akibat pandemik tidak akan mengubah struktur urbanisasi global.

WUF2022: Perancangan, pendidikan inklusif ke arah bandar berdaya huni
Ini termasuklah hal berkaitan pembangunan dan perancangan bandar mampan, yang memerlukan kerjasama serta gerak kerja inklusif semua pihak.