Kenaikan mendadak harga telur ayam di seluruh negara baru-baru ini mendorong Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) membuka penyiasatan ke atas perkara itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, suruhanjaya itu berkata ia sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mengenal pasti sebarang elemen anti-persaingan yang mungkin berlaku di dalam pasaran.
“Selain daripada isu pencatutan yang mungkin menjadi penyebab kepada isu kenaikan harga telur ayam, Suruhanjaya turut melihat kepada perlakuan anti-persaingan yang diamalkan oleh perusahaan seperti kartel penetapan harga, pembahagian kawasan persaingan dan menghadkan pengeluaran secara sengaja,” kata kenyataan itu.
BACA: MyCC siasat isu kenaikan mendadak harga telur ayam
Tambahya, MyCC juga akan menyiasat harga harian telur ayam, jumlah pengeluarannya, pengeksportan telur ayam ke luar negara yang meningkat kebelakangan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail tidak menolak kewujudan “kartel telur ayam” untuk mengekalkan harga barang itu pada paras yang tinggi di dalam pasaran.
“Suruhanjaya akan menggunakan segala kuasanya yang ada di bawah Akta Persaingan 2010 untuk berkerjasama rapat dengan pihak berkepentingan yang relevan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana perusahaan yang terlibat dalam sebarang kegiatan kartel demi memastikan kesejahteraan serta kepentingan pengguna di Malaysia kekal terpelihara” katanya.
Luqman Hariz
Thu Dec 13 2018

Suruhanjaya Persaingan Malaysia tidak menolak kewujudan "kartel telur ayam" untuk mengekalkan harga barang itu pada paras yang tinggi di dalam pasaran.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Rejim kawalan penggabungan, langkah baharu MyCC kekang monopoli
Suruhanjaya Persaingan Malaysia bercadang untuk meminda Akta Persaingan 2010 bagi mengukuhkan ekosistem persaingan di negara ini.

MyCC lancar rundingan awam dalam talian bagi pindaan Akta Persaingan 2010
Langkah diambil bagi menjadikan undang-undang persaingan Malaysia lebih komprehensif dan selaras dengan amalan antarabangsa.

500 syarikat disyaki tipu bida libatkan tender kerajaan berjumlah RM2 bilion - MyCC
Pindaan Akta Persaingan 2010 dan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 akan dapat memberikan lebih kuasa buat MyCC.

Grab terkejut dengan cadangan MyCC, akui patuhi syarat Akta Persaingan 2010
Syarikat itu turut mendakwa bahawa tidak wujudnya sebarang penindasan dan sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan menerusi Akta Persaingan 2010.

Wujud kartel telur ayam? MyCC siasat
Suruhanjaya Persaingan Malaysia tidak menolak kewujudan "kartel telur ayam" untuk mengekalkan harga barang itu pada paras yang tinggi di dalam pasaran.

MyCC siasat isu kenaikan mendadak harga telur ayam
Selain isu pencatutan yang mungkin menjadi penyebab kepada kenaikan harga telur ayam, MyCC akan melihat kepada perlakuan anti persaingan yang diamalkan perusahaan.

Harga ayam dan Akta Persaingan 2010
Saban tahun kita disajikan dengan harga ayam yang meningkat naik terutamanya ketika musim perayaan. Dimana puncanya? Apa pula peranan Akta Persaingan 2010?