KUALA LUMPUR: Sistem baharu bagi proses pas penggajian ekspatriat Xpats Gateway, dapat memendekkan masa kelulusan dan menyeragamkan prosedur sekali gus meningkatkan kecekapan pengeluaran pas berkenaan.
Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Dr Mazrina Mohamed Ibramsah berkata Xpats Gateway memanfaatkan teknologi digital dengan menyatukan semua agensi pelulus (AP) dan agensi kawal selia (AKS) di bawah satu platform tetingkap tunggal yang bersepadu atau 'single window'.
"Kini, semua AP dan AKS boleh memproses dan meluluskan surat sokongan bagi permohonan pas penggajian dengan lebih telus menerusi sistem Xpats Gateway secara dalam talian seawal lima hari bekerja", katanya dalam kenyataan hari ini.
Xpats Gateway adalah hasil sinergi inovasi antara kerajaan dan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) dalam meningkatkan kecekapan pengeluaran pas ekspatriat di bawah seliaan Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara (KSN).
Menurut kenyataan, MPC telah memudah cara inisiatif itu dengan kerjasama strategik, melibatkan lebih 20 agensi kerajaan dalam memastikan pelaksanaan inisiatif rentas agensi ini bakal mentransformasikan tadbir urus inisiatif berimpak tinggi.
MPC memaklumkan inisiatif itu juga mencerminkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan ketelusan dan kecekapan kerajaan sebagai satu daripada strategi Memperkasa Ekonomi Madani.
Dr Mazrina berkata MPC sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan kementerian dan agensi dalam menambah baik tadbir urus serta meningkatkan kecekapan kerajaan bagi memacu produktiviti negara.
"Menurut laporan Ranking Daya Saing Dunia (WCR), Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD), Malaysia mencapai kedudukan ke-29 bagi indikator Kecekapan Kerajaan pada tahun ini berbanding kedudukan ke-38 pada tahun sebelumnya," katanya.
Xpats Gateway yang dilancarkan pada 15 Jun lepas merupakan inisiatif kerajaan dalam urusan permohonan pas penggajian ekspatriat, supaya menjadi lebih efisien, mudah dan mengambil masa yang lebih singkat.
Inisiatif itu mengumpulkan agensi pelulus dan agensi kawal selia berkaitan penggajian ekspatriat di bawah satu platform dan menyediakan proses end-to-end yang lebih berkesan dan cepat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
Xpats Gateway yang dilancarkan pada 15 Jun lepas merupakan inisiatif kerajaan dalam urusan permohonan pas penggajian ekspatriat, supaya menjadi lebih efisien, mudah dan mengambil masa yang lebih singkat. - Xpats Gateway
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Roy Azman elak bawa watak jahat, mahu jaga nama baik anak-anak
Roy juga cuba untuk kekal positif walaupun sering menerima komen kebencian ketika melakonkan watak jahat.
#AWANIRingkas 26 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Januari 2025
1️⃣ Dagangan secara berhati-hati
2️⃣ Subsidi kerajaan kurangkan rungutan rakyat
3️⃣ Trump akui sedang pertimbang pilihan
#awaniringkas
1️⃣ Dagangan secara berhati-hati
2️⃣ Subsidi kerajaan kurangkan rungutan rakyat
3️⃣ Trump akui sedang pertimbang pilihan
#awaniringkas
Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.
Meta akan bangunkan jurutera AI untuk tulis kod
Ini sekali gus akan membantu dalam membangunkan fungsi dan produk baharu dengan lebih pantas berbanding sedia ada.
Xpats Gateway tingkat kecekapan pengeluaran pas ekspatriat - MPC
Sistem baharu bagi proses pas penggajian ekspatriat Xpats Gateway, dapat memendekkan masa kelulusan dan menyeragamkan prosedur sekali gus meningkatkan kecekapan pengeluaran pas berkenaan.
Xpats Gateway: Permohonan pas penggajian ekspatriat lebih efisien, mudah dan singkat - KDN
Xpats Gateway yang dilancarkan pada 15 Jun lepas, merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam urusan permohonan pas penggajian ekspatriat, supaya menjadi lebih efisien, mudah dan mengambil masa yang
Xpats Gateway: Permohonan permit kerja ekspatriat dipendekkan dari 80 ke 5 hari - Rafizi
Sistem baharu bagi proses pas penggajian ekspatriat, Xpats Gateway, akan memendekkan proses permohonan permit kerja daripada lebih 80 hari kepada lima hari bekerja sahaja.