KUANTAN: Datuk Yahaya Othman dilantik sebagai Ketua Polis Pahang yang ke-35 berkuat kuasa hari ini.
Datuk Yahaya yang sebelum ini adalah Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur menggantikan Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf yang akan mengambil alih jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Aman.
Majlis serah terima tugas itu turut disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Pada majlis tersebut Datuk Yahaya turut dinaikkan pangkat kepada Komisioner Polis.
Turut berlangsung majlis serah terima tugas Pengerusi Perkep Kontijen Pahang yang baharu Datin Sumarni Haris.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani berpesan kepada Ketua Polis Pahang yang baharu untuk membimbing dan mengendali kontinjen Pahang dengan sebaiknya.
"Semua ini yang ada di depan Datuk kini adalah pegawai-pegawai Datuk. 'Your man' bukan 'my man' bukan 'his man' bukan 'somebody else man', 'it is all your man'.
"Tak ada anak gangsa, anak perak, anak emas, tembaga dan seumpama. Sama rata selagi masih pakai uniform biru. Kita semua adalah pejuang Sang Saka Biru.
"Saya percaya dan yakin dengan latar belakang yang beliau miliki yang beliau telah perolehi sepanjang perkhidmatan beliau sebagai pegawai polis. Beliau mampu untuk mengendalikan dan memimpin kontinjen Pahang ke arah yang lebih baik lagi kerana kita akan sentiasa mengharapkan yang terbaik di antara yang terbaik berterusan.
"Kerana itu cara kita memastikan pasukan ini akan sentiasa dilihat relevan," katanya dalam Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Pahang dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Pahang di Ibu Pejabat Polis Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini pada Khamis.
Sementara itu, Ramli turut berterima kasih kepada Ketua Polis Negara atas kepercayaan kepadanya memimpin Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri atas kepercayaan untuk saya memimpin Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan saya wajib memenuhi harapan Tan Sri dan PDRM ke arah keunggulan Jabatan Pencegahan dan Siasatan Jenayah komersial.
"Sepanjang tempoh perkhidmatan 692 hari di Pahang, saya telah menyelusuri semuanya dan ianya penghalaman yang amat memberangsangkan," katanya.
Mohd Zalani Md Atan
Wed May 10 2023

Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf (kiri) menyerahkan dokumen serah terima tugas kepada Ketua Polis Pahang yang baharu, Datuk Yahaya Othman disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani (tengah) di sini hari ini. - Foto Astro AWANI

Imigresen serbu 12 kilang proses e-waste haram, tahan 420 pendatang tanpa izin
Kesemua tangkapan di Jalan Buloh Kasap itu dibawa ke Depot Imigresen Machap Umboo, Melaka dan Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian untuk siasatan lanjut.

EU mula gantung sekatan ekonomi terhadap Syria
Beberapa langkah dalam sektor tenaga, pengangkutan dan perbankan akan ditarik balik bagi menyokong pemulihan ekonomi yang pesat.

Mesir janji pembinaan semula Gaza dalam tempoh sesingkat mungkin
Mesir telah mengemukakan cadangan untuk membina semula Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

KPN sumbang RM10,000 kepada TAWP hasil kos guaman dibayar Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) hari ini.
AWANI Ringkas: Laporan KAN | Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jenayah | Kesihatan | Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Senegal meterai perjanjian damai dengan kumpulan pemisah, akhiri konflik tertua di Afrika
Casamance, yang terpisah dari utara Senegal oleh Gambia, adalah tapak satu daripada konflik tertua di Afrika yang bermula pada 1982.
Agenda AWANI: Revolusi Pendidikan Tinggi 2025
Penyediaan bakat, kewibawaan akademia serta pemindahan dan perkongsian ilmu antara fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tahun 2025. Ikuti temu bual khas bersama Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir 9 malam ini.

Siasatan rasuah terhadap empat bekas pegawai kanan bekas PM masih di peringkat awal - SPRM
Siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditahan reman pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam rasuah, masih di peringkat awal.

Malaysia akan sediakan bantuan pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Malaysia akan menyediakan bantuan khusus bagi sektor pendidikan dan kesihatan di Baitulmaqdis, Palestin selain pemulihan di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penganggur rugi lebih RM300,000 akibat pelaburan tidak wujud
Seorang penganggur mengalami kerugian RM348,500 akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud sejak Jun lepas.

Yahaya Othman Ketua Polis Pahang yang baharu
Datuk Yahaya Othman dilantik sebagai Ketua Polis Pahang yang ke-35 berkuat kuasa hari ini.

Ops Tapis Khas: Remaja 16 tahun antara 384 ditahan menagih dadah
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kesemua suspek ditahan berusia 16 hingga 67 tahun di 24 kawasan penagihan dadah di seluruh negeri ini.

Agong berkenan dengar taklimat persediaan hadapi banjir di Pahang
Taklimat yang bermula pada 10.30 pagi berlangsung selama hampir sejam itu disampaikan oleh Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Tiada elemen gengsterisme dalam isu pecerobohan tanah di Raub - Polis
Tiada pembabitan kumpulan kongsi gelap dalam isu penerokaan tanah yang didakwa secara haram oleh pekebun durian Musang King di daerah Raub, Pahang.

Pelancong Eropah tidak mahu pulang, mohon menetap sementara di Malaysia
Sekurang-kurangnya 127 pelancong warga Eropah yang kini berada di beberapa lokasi pelancongan di Pahang, enggan pulang ke negara asal masing-masing kerana khuatir akan situasi pandemik COVID-19.

Pemimpin bahagian parti ditahan ugut ketua polis daerah
Polis Pahang mengesahkan telah menahan seorang pemimpin bahagian sebuah parti politik di negeri ini bagi membantu siasatan mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Mazlan Hassan.

Ketua Polis Pahang nasihat ahli politik kempen secara berhemah
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman menasihatkan semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini agar berkempen secara berhemah.

Macau Scam di Pahang semakin membimbangkan
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata, jumlah itu adalah peningkatan 400 peratus berbanding 2016 yang mencatatkan hanya 21 kes.

Dua anggota polis ditahan kerana menyamun
Tiga penjenayah termasuk dua anggota polis ditahan di dua lokasi berasingan di daerah ini kerana dipercayai terlibat dalam satu kejadian samun serta tembak seorang peniaga di Kampung Jaya Gading.