KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya mengetahui tentang penyelewengan dana Yayasan Akalbudi (YAB) sejak 2014.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata bekas Timbalan Perdana Menteri itu bagaimanapun meletakkan kesalahan dan menuding jari kepada bekas Setiausaha Eksekutifnya Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly.
"Malah, pendakwaan berani katakan bahawa tertuduh bertekad untuk menjadikan Mejar Mazlina sebagai kambing hitam bagi menutup kesalahannya.
"Kami berhujah bahawa tertuduh perlu bertanggungjawab atas tindakan Mejar Mazlina. Berdasarkan keterangan, jelas bahawa beliau hanya mengikut perintah ketika menyediakan cek terbabit," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berhujah di akhir kes pendakwaan dalam perbicaraan Ahmad Zahid, yang berdepan 47 pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana YAB.
Raja Rozela berkata keterangan yang dikemukakan pendakwaan ialah pengeluaran cek YAB oleh Mazlina dibuat dalam pengetahuan dan berdasarkan arahan tertuduh dan kenyataan bahawa Ahmad Zahid tidak mengetahuinya adalah tidak benar.
Beliau berkata Mazlina menyediakan cek itu atas arahan tertuduh, sama ada cek yang ditandatangani atau dicap bagi membayar kad kredit atau membeli insurans dan cukai jalan.
Timbalan Pendakwa Raya itu berkata Mazlina adalah seorang saksi yang boleh dipercayai malah tindak-tanduknya adalah konsisten dengan anggota tentera yang mematuhi arahan pegawai atasannya.
"Kami berhujah amat mudah untuk menghargai hakikat bahawa Mazlina berterus-terang dalam maklum balasnya kepada peguam semasa disoal balas. Beliau sedia mengakui kesilapannya dan tidak berusaha untuk mencantikkan keterangannya.
"Beliau konsisten dalam keterangannya berhubung kebenaran dan kelulusan yang diberikan tertuduh kepadanya berhubung penggunaan cek YAB serta cap tandatangan Ahmad Zahid. Pendek kata, keterangan beliau tetap utuh sepanjang tiga peringkat pemeriksaan," katanya.
Raja Rozela juga berhujah bukti yang dikemukakan secara langsung, keadaan persekitaran dan berdokumen mewajarkan tertuduh membela diri terhadap semua pertuduhan.
Beliau berkata berdasarkan hujah dan bukti yang dikemukakan, satu kes prima facie telah dibuktikan dengan jelas berhubung kesemua 12 pertuduhah pecah amanah jenayah terhadap tertuduh.
"Kami telah membuktikan bahawa tertuduh memiliki mens rea yang diperlukan untuk melakukan kesalahan itu melalui bukti yang dikemukakan secara langsung, dan dengan mengguna pakai anggapan statutori mengikut Seksyen 409B Kanun Keseksaan.
"Tertuduh juga telah menyeleweng dana YAB yang terdapat dalam akaun semasa dan tujuh akaun simpanan tetap yang diamanahkan kepadanya," kata beliau.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah jenayah, lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit wang milik YAB.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Rabu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 18 2021

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah jenayah, lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit wang milik YAB. - Foto BERNAMA

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.