PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zaini Ujang sekali lagi dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan memulakan tugas rasmi bermula hari ini.
KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan beliau disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Mohamad Azhan Md Amir bersama-sama barisan pengurusan tertinggi kementerian itu.
"Sebelum mendengar taklimat berkenaan pencapaian, hala tuju dan pengoperasian KPT, Zaini turut bertemu dengan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk melapor diri dan menerima amanat," menurut kenyataan itu.
KPT memaklumkan ini merupakan kali kedua Zaini menggalas jawatan sebagai KSU KPT selepas pertama kali dilantik pada 2013 hingga 2016.
Zaini, 59, pernah berkhidmat sebagai KSU di Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Alam Sekitar dan Air dan terakhir di Kementerian Kesihatan sebelum lantikan baharu itu.
Berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar daripada Universiti Newcastle serta mempunyai kepakaran dalam bidang rawatan air dan sisa, beliau juga pernah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kelima dari 2008 hingga 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
KPT memaklumkan ini merupakan kali kedua Zaini menggalas jawatan sebagai KSU KPT selepas pertama kali dilantik pada 2013 hingga 2016. - Gambar fail/Bernama
2,000 ditahan kerana dadah dalam 37 hari
Lebih 2,000 orang ditahan kerana pelbagai kesalahan dadah di Perak dalam tempoh 37 hari tahun ini, dari Januari hingga Khamis.
Isu beras, harga lantai padi diumum minggu depan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan menyampaikan kenyataan menteri di Parlimen pada 13 Februari ini mengenai isu beras, khususnya berhubung harga lantai bagi padi.
Bedah siasat mangsa nahas helikopter selesai
Bedah siasat ke atas jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong pagi Khamis, telah selesai.
Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk berkunjung ke Thailand, khususnya dengan memandu kenderaan dinasihatkan memahami budaya pemanduan dan peraturan jalan raya negara itu.
Panglima TUDM terbangkan Su-30MKM, pintas pesawat asing dan Force Down
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Ashgar Khan Goriman Khan meenrbangkan pesawat Su-30MKM dan melaksanakan misi pemintasan pesawat asing serta force down bagi membuktikan kesiapsiagaan ketumbukan itu mempertahankan ruang udara negara.
AWANI Borneo [7/2/2025] – Hujan lebat berterusan| Wang saku mahasiswa Sarawak| Taman Teknologi Hijau Kota Petra
AWANI Borneo Jumaat, 7 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
1. Beaufort, Tambunan diisytihar kawasan bencana banjir
2. Mahasiswa Sarawak bakal terima wang saku RM1,200 setahun
3. Zecon diberi lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun untuk Taman Teknologi Hijau Kota Petra
1. Beaufort, Tambunan diisytihar kawasan bencana banjir
2. Mahasiswa Sarawak bakal terima wang saku RM1,200 setahun
3. Zecon diberi lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun untuk Taman Teknologi Hijau Kota Petra
Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak
Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang FAM mengadakan Kongres ke-61 bulan ini.
Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar
Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.
Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon
Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP) di Kuching.
Mahasiswa Sarawak bakal terima wang saku RM1,200 setahun
Mahasiswa asal Sarawak yang menuntut di mana mana institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia bakal menerima wang saku RM1,200 setahun bermula April depan.
Zaini Ujang sekali lagi dilantik KSU KPT
Datuk Seri Dr Zaini Ujang sekali lagi dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
PKP: Ada hikmah di sebalik tidak dapat balik kampung - KSU KASA
Tidak dapat pulang berhari raya di kampung merupakan antara hikmah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diumum baru-baru ini.
Muat turun aplikasi MyPublicInfoBanjir untuk ketahui maklumat terkini banjir
Orang ramai digalak memuat turun aplikasi MyPublicInfoBanjir menerusi telefon pintar masing-masing.