ALOR SETAR: Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menetapkan tiga kadar zakat fitrah bagi negeri ini iaitu RM7, RM14 dan RM21.
Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata penetapan itu dibuat berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis, pada kadar timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.6 kilogram beras.
"Kadar RM7 adalah untuk umat Islam yang menjadikan makanan harian daripada beras jenis super special tempatan dan setaraf dengannya, manakala RM14 adalah daripada beras jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni, beras wangi dan setaraf dengannya.
"Bagi kadar RM21 pula adalah untuk umat Islam yang menjadikan makanan harian daripada beras jenis basmati, beras Jepun, beras merah dan setaraf dengannya," katanya semasa mengumumkan penetapan kadar zakat fitrah Kedah 2021 di sini, hari ini.
Syeikh Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agihan Zakat dan Ahli Lembaga LZNK berkata lembaga itu turut menyasarkan kutipan zakat fitrah sebanyak RM11.5 juta bagi tahun ini, berbanding kutipan tahun lepas sebanyak RM10.6 juta.
Fadzil berkata sasaran itu boleh dicapai kerana orang ramai sudah kembali bekerja berbanding tahun lepas, apabila ramai yang tidak boleh keluar bekerja akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Tahun lepas kita tetapkan zakat fitrah pada empat kadar iaitu RM5, RM7, RM14 dan RM21, kadar RM5 diumumkan bagi memberi ruang kepada golongan kurang berkemampuan menunaikan kewajipan itu semasa penularan pandemik COVID-19.
"Bagaimanapun, ramai memilih membayar zakat pada kadar RM7 walaupun terdapat pilihan RM5, jadi tahun ini kita tetapkan semula serendah RM7 dan kita jangkakan akan ada peningkatan kutipan tahun ini," katanya.
Sementara itu, katanya LZNK turut melancarkan program sumbangan ayam segar menerusi Program Infak Aidilfitri kepada hampir 13,000 asnaf di Kedah, sebagai persediaan menghadapi Ramadan dan Syawal pada tahun ini.
"LZNK menyasarkan sumbangan sebanyak tiga ekor ayam bagi setiap keluarga asnaf dengan anggaran keseluruhan bernilai RM522,000. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi portal Asnaf Care https://asnafcare.com.my," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 12 2021

Sasaran itu boleh dicapai kerana orang ramai sudah kembali bekerja berbanding tahun lepas, apabila ramai yang tidak boleh keluar bekerja akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

Wilayah Persekutuan, Terengganu, Sabah, Pulau Pinang umum kadar zakat fitrah
Tiga negeri dan Wilayah Persekutuan hari ini mengumumkan kadar zakat fitrah masing-masing yang ditentukan berdasarkan harga beras semasa mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam.

Kadar zakat fitrah di Kedah bermula RM7 hingga RM22
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui perkenan Sultan Kedah, Tuanku Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menetapkan tiga kadar zakat fitrah bagi tahun 2024.

P. Pinang tetapkan tiga kadar zakat fitrah
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7, RM13 dan RM20 di negeri itu tahun ini.

Kadar zakat fitrah Selangor kekal RM7
Kadar zakat fitrah bagi Selangor kekal RM7, RM14 dan RM21 seorang tahun ini, menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Kadar zakat fitrah di Selangor ditetapkan RM7 seorang
Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini kekal RM7 seorang berdasarkan kepada harga bagi 2.6 kilogram beras jenis Super Tempatan Gred A yang lazim digunakan masyarakat di negeri ini.

Terlupa kadar zakat fitrah? Ini maklumat bayaran zakat fitrah seluruh negara
akat fitrah mestilah ditunaikan sebelum dari selesai solat sunat Aidilfitri.

Zakat fitrah Kedah RM7, RM14 dan RM21
Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata penetapan itu dibuat berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis, pada kadar timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.6 kilogram beras.

Perak perkenal tiga kadar zakat fitrah
Kadar minimum yang perlu dibayar setiap individu berkewajipan mengeluarkan zakat fitrah sebanyak RM7.