Ringkasan AI
- Larangan berceramah ke atas Dr Zakir Naik telah ditarik balik oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
- Larangan asal dikenakan pada 2019 kerana ucapannya yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum dan agama, tetapi kini tiada lagi sekatan.
- Dr Zakir Naik sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana kenyataannya yang didakwa boleh mengancam keamanan.
Beliau memberitahu, perintah yang dikenakan ke atas pendakwah itu pada 2019 susulan dakwaan ucapannya yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama sudah ditarik balik.
"Saya semak balik sekarang, tak ada lagi larangan itu sebab waktu itu, 2019 merujuk hanya tempoh siasatan terhadap dua kenyataan dikeluarkan dalam ucapan. Kalau tak salah saya di Kota Bharu dan Perlis.
"Saya difahamkan larangan ketika itu dibuat susulan siasatan yang sedang dilakukan sebab beliau mengeluarkan ucapan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama, katanya ketika sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) berhubung larangan terhadap Zakir.
Difahamkan pendakwah dari India itu menghadiri dan berucap dalam sebuah konvensyen di Perlis yang berlangsung pada bulan lalu.
Zakir sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keamanan.
