Malaysia hari ini kehilangan seorang ikon kewartawanan negara berikutan pemergian Tan Sri Zainuddin Maidin, seorang penulis prolifik yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa khususnya dunia politik.
Allahyarham berusia 79 tahun meninggal dunia di Hospital Serdang 6.40 petang Jumaat akibat serangan jantung.
Sebelum ini, beliau dirawat di Hospital Putrajaya sejak 12 Nov dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu setelah dikesan paru-parunya berair sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang.
Bukan sahaja lantang dalam menyuarakan pandangan menerusi penulisan karya di media dan buku-buku, Zainuddin turut menceburkan diri dalam bidang politik dan merupakan bekas Menteri Penerangan dari 2006 hingga 2008.
Zainuddin dillantik dalam satu rombakan kecil kabinet dan mengangkat sumpah sebagai menteri pada 17 Feb 2006.
Dilahirkan pada 26 Jun 1939 di Kota Kuala Muda, Kedah, Zainuddin, yang lebih dikenali dengan panggilan Zam, memulakan kariernya sebagai wartawan sambilan di Warta Negara dan seterusnya sebagai wartawan sambilan di Utusan Malaysia pada usia 18 tahun.
Kerjaya beliau bersama akhbar berbahasa Melayu paling tua negara berlanjutan sehingga beliau dilantik sebagai koresponden di Kedah dan Perlis.
Beliau dilantik sebagai wartawan tetap di Utusan Malaysia pada 1961 sebelum mendaki puncak kerjaya sebagai Ketua Wartawan, Editor Berita, Ketua Biro Pulau Pinang dan penulis rencana serta dihantar ke London sebagai koresponden di samping bekerja sambilan di bahagian Bahasa Melayu di BBC London.
Terus mencipta nama, Zam pernah menjadi Timbalan Pengerusi Eksekutif, Utusan Melayu (M) Berhad sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarang Utusan Malaysia pada 1983 sehingga 1992 dan mempunyai kolum sendiri dalam akhbar itu iaitu 'Awang Selamat'.
Penulisan tajam dan kritis Allahyarham dalam ruangan pojok 'Awang Selamat' diikuti banyak pihak, baik rakyat biasa mahupun para pemimpin negara serta ahli politik.
Pada 1994, beliau dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd sehingga 1998 serta selaku ahli lembaga pengarah Utusan Melayu (M) Bhd pada 1995.
Bekas ketua pengarang itu mendapat pendidikan menengah di Maktab Mahmud Alor Setar sebelum melanjutkan pelajaran dalam Diploma Kewartawanan di Institute of Journalism, Berlin, Jerman pada 1969 dan dianugerahkan 'Professional Journalism Fellowship' dari University Michigan, Amerika Syarikat pada 1981.
Berkecimpung dalam dunia kewartawanan selama lebih 40 tahun, ketokohan Zainuddin turut terserlah apabila menerajui beberapa persatuan media termasuk sebagai Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Melayu (NUJ) pada 1970 dan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan dari 1984 hingga 1989 juga pernah dinobat "Tokoh Wartawan 2006" Petronas Media Awards.
Sepanjang mengabdikan diri dalam bidang penulisan, beliau menghasilkan pelbagai judul buku antaranya 'The First and The Last' pada 1993; Yang Terbaik Awang Selamat: Koleksi Pilihan 1987-1992; The Other Side of Mahathir (1994) yang turut dicetak dalam Bahasa Melayu bertajuk 'Mahathir Di Sebalik Tabir' (1994), China dan Tamil; Tun Razak: Profile of a Patriot (1997); The Unsung Heroes (2004); Di Depan Api, Di Belakang Duri (2013); dan Saya Bukan Menteri: Memoir Wartawan Negara (2016).
Sumbangan dan kecemerlangan Zainuddin dalam bidang kewartawanan turut membawa haluan baharu dalam dunia politik apabila dilantik sebagai Senator di Dewan Negara untuk dua penggal berturut-turut bermula 1998 hingga 2004.
Kerjaya beliau bersama kerajaan bermula apabila beliau memegang jawatan setiausaha parlimen Kementerian Penerangan sebelum dilantik sebagai timbalan menteri kementerian itu pada 2004.
Mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Zaiton Zainol Abidin, bapa kepada empat cahaya mata ini pernah bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-11 pada Mac 2004 di kerusi Parlimen Merbok atas tiket UMNO (BN) mengalahkan Saiful Izham Ramli dari PKR dengan majoriti 15,162 undi.
Pada PRU12 2008, Zainuddin bagaimanapun tewas kepada Datuk Johari Abdul pada pertembungan di kerusi Parlimen Sungai Petani.
Sumbangan Zainuddin kepada masyarakat tidak terhenti di situ apabila beliau dilantik sebagai Karyawan Tamu di Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM) oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 2011.
Zainuddin juga terus aktif menulis berkaitan isu-isu semasa di dalam media sosial melalui blognya 'Zamkata'.
Zainuddin mempamerkan bakat seninya melalui sumbangan lirik untuk lagu ciptaan komposer Datuk Ahmad Nawab dan Ketua Muzik RTM Datuk Mokhzani Ismail berjudul "Alam Cinta" dan "Sepi Sekali" nyanyian Allahyarham Saleem.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 14 2018

Penulisan tajam dan kritis Allahyarham dalam ruangan pojok 'Awang Selamat' diikuti banyak pihak, baik rakyat biasa mahupun para pemimpin negara serta ahli politik. - Sinar Harian
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Jiman Casablancas meninggal dunia
Tinjauan di media sosialnya turut dikirimkan ucapan takziah oleh pengikut dan teman rapat yang mengenali Allahyarham.

Rossi tetap pelumba terbaik - Hafizh
Hafizh berkata, kelibat Rossi di litar menjadi inspirasi kepada bakat muda di seluruh dunia.

Pandemik paksa upacara pencahayaan Tokong Kek Lok Si berlangsung secara dalam talian
Pavilion dan patung Dewi Kuan Yin setinggi 33.6 meter di tokong itu akan disinari cahaya semasa perayaan Tahun Baharu Cina.

Banyak perkara baharu boleh dilakukan selepas bersara- Nicol
Nicol merupakan pemain yang paling banyak memenangi kejohanan dalam sukan skuasy dan menjadi inspirasi kepada jutaan peminat di seluruh dunia.

Kakak pengasas Facebook beri inspirasi kepada Abang Johari terhadap peranan orang utan
Rancangan Sarawak menambah baik infrastruktur digital ke arah menjadi sebuah negeri maju dalam masa 10 tahun termasuk penekanan keperluan menguasai Bahasa Inggeris.

KP FRIM dipilih ikon Malaysia Membaca
Abd Latif, yang telah menghasilkan lebih 300 jurnal dan rencana saintifik, juga menghasilkan beberapa buku bersama penyelidik FRIM.

Tan Sri Mohd Rashdan Baba meninggal dunia
Anak jati Kampung Berkat, Chembong, Rembau, Negeri Sembilan itu merupakan Naib Canselor UKM dan UPM yang pertama

Riena Amirah juara Ikon Zayan HijabStar, bawa pulang RM5,000!
Ikon HijabStar boleh diterjemahkan sebagai wanita berbakat dengan personaliti yang menarik dalam mengekalkan ciri-ciri seorang wanita berhijab.

Zam, perginya permata kewartawanan negara
Malaysia kehilangan seorang ikon kewartawanan negara berikutan pemergian Tan Sri Zainuddin Maidin, seorang penulis prolifik yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa khususnya dunia politik.

Neelofa kekal ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018
Ia sekali gus menafikan dakwaan yang tular di blog media sosial yang mendakwa Neelofa digugurkan sebagai ikon wanita negara.