AMPANG: Polis telah merekod keterangan lima individu termasuk selebriti iaitu Norman Hakim dan Abby Abadi susulan dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana berziarah raya, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, keterangan kelima-lima individu itu diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 10 pagi, Selasa.
"Sehingga kini pihak Polis Ampang Jaya telah merakam keterangan lima orang termasuk selebriti dan tuan rumah.
"Kes masih dalam tindakan dan akan dirujuk ke timbalan pendakwa raya untuk arahan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sebelum ini, tular di media sosial gambar keluarga selebriti terbabit menyambut hari raya bersama yang disyaki tidak tinggal serumah.
Difahamkan kejadian itu dipercayai berlaku di kediaman selebriti berkenaan di Hulu Kelang, di sini membabitkan kira-kira 13 individu yang disyaki satu keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan.
Pada Isnin, Mohamad Farouk berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis berkaitan kes terbabit.
Kes disiasat di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 [P.U.(A) 225/2021].
Sinar Harian
Tue May 18 2021

Sebelum ini, tular di media sosial gambar keluarga selebriti terbabit menyambut hari raya bersama yang disyaki tidak tinggal serumah. - Foto Sinar Harian

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

'Nanti saya jawab' - Abby Abadi komen dakwaan anak gadis terkait skandal suami orang
Hantaran itu difahamkan merujuk kepada spekulasi yang tular di media sosial mendakwa anak perempuannya itu terkait dengan hubungan sulit dengan lelaki berstatus suami orang.

Norman Hakim kena sekolah, ingat pegang tangan 'girlfriend' rupanya anak
Ada individu tersalah anggap dirinya keluar bersama wanita lain sambil berpegangan tangan selepas selesai urusan di sebuah bank.

"Dah 'hilang' 15 minit, nafas ayah pun tak ada" - Norman Hakim trauma
Pelakon, Norman Hakim berdepan detik cemas apabila bapanya kesayangannya Haji Zaidon Haji Abdul Rahim tidak bernafas buat seketika.

'Dah 2022, tolong ubah mentaliti' - Abby perjelas sebab beraya bersama keluarga Norman
Menurut Abby, dia tidak mahu ada pihak yang salah anggap dan membuat andaian sendiri hingga boleh menimbulkan fitnah terhadap keluarga bahagia mereka.

Ziarah Aidilfitri: Norman, Abby Abadi direkod keterangan
Polis telah merekod keterangan lima individu termasuk selebriti iaitu Norman Hakim dan Abby Abadi susulan dakwaan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana berziarah raya, baru-baru ini.

The Maid bakal cetus fenomena
The Maid dianggap sebagai penerus kecemerlangan siri program The House yang mencetus fenomena baru-baru ini.

"Alhamdullilah semua ok" - Suami kongsi imbasan ultrasound, Abby Abadi sah berbadan dua
Alhamdulillah....

Program bual bicara Mingguan Wanita serba baharu, tampilkan lima pengacara
Program bual bicara Mingguan Wanita tampil serba baharu musim kedua di Astro Prima dan Prima HD, bermula Julai ini.

'Kami bersatu untuk kebahagiaan anak-anak' - Norman Hakim
Norman menasihati supaya ibu bapa membuang sifat ego untuk mengambil langkah memperbaiki hubungan yang terputus.

"Lepas tertengok video Lana, terus kami ..." - Norman dan Memey cerita pertemuan di IJN
Semoga Allah SWT Permudahkan.