KUALA LUMPUR: Cabaran demi cabaran terpaksa dihadapi oleh Zoo Negara susulan pandemik COVID-19.
Sejak setahun lalu ikon riadah negara itu dihimpit pelbagai kekangan sehingga memaksa Zoo Negara melakukan pelbagai inisiatif untuk kembali bernafas.
Kebenaran untuk kembali beroperasi selepas ditutup sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 Januari lalu memberi sinar baharu untuk Zoo Negara mengorak langkah ke arah pemulihan.
Tinjauan Astro AWANI pada hari pertama pembukaan Zoo Negara hari ini menyaksikan sambutan mengalakkan selepas orang ramai mengambil peluang untuk melepaskan rindu di taman haiwan berkenaan.
Bermula dari kaunter pendaftaran sehingga ke pintu utama, prosedur operasi standard (SOP) dilakukan dengan ketat bagi menjamin keselamatan para pengunjung.
Menurut pengunjung Natasha Ann Kamaruddin, 36, segala perincian aspek SOP itu memberikan keyakinan kepada pengunjung untuk meneroka kawasan seluas 40.4 hektar itu.
“Memandangkan anak saya akan mula bersekolah pada minggu depan, jadi saya mengambil peluang ini. Sebenarnya (kehadiran ke Zoo Negara) sempena sambutan hari lahir kelima anak kedua saya.
“Jadi, saya bawa mereka sebab sepanjang PKP hanya duduk di rumah, dan ini boleh menghiburkan mereka,” katanya yang bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam ketika ditemui Astro AWANI, di sini hari ini.
Bagi Cheng Jiewei, 35, pula kunjungannya ke Zoo Negara bersama keluarga adalah untuk menyokong pembukaan semula pusat riadah itu.
“Saya faham dah lama Zoo Negara tidak dibuka dan sebagai rakyat Malaysia, kita mahu menyokong Zoo Negara.
“Tambahan pula, hari ini ada potongan diskaun sebanyak 20 peratus untuk rakyat Malaysia,” ujarnya.
BACA: Zoo Negara kembali dibuka Jumaat ini
Lokasi ikonik di Malaysia itu bukan asing buat mereka yang tinggal di Kuala Lumpur.
Namun, bagi mereka yang belum pernah menjejak kaki ke taman haiwan itu, promosi yang ditawarkan digunakan sebaik mungkin untuk merasai pengalaman pertama.
“Sebenarnya ini pertama kali saya datang dan pertama kali juga saya membawa anak saya. Sepanjang PKP, kami tidak ke mana-mana dan bila Zoo Negara dibuka hari ini, rasa seronok dapat bawa anak ke sini.
“Setakat ini, SOP dalam keadaan baik. Masa nak masuk juga dalam keadaan teratur dan saya pun tiba awal di Zoo Negara,” kongsi suri rumah, Norhafizah Arbain, 28.
Lebih menarik, selain dapat menyaksikan gelagat lebih 4,000 haiwan yang menghuni Zoo Negara, kumpulan kaki pancing juga boleh ‘melepaskan gian’ untuk melakukan aktiviti berkenaan.
Pekerja sendiri, Ahmad Zaki Abdullah, 27, berkata dia dan kawannya tiba di Zoo Negara sekitar pukul 9 pagi untuk mencuba aktiviti berkenaan.
“Apabila Zoo Negara membenarkan aktiviti memancing, sebagai kaki pancing ia sangat mengujakan.
“Kami pun dah lama tidak memancing dan selepas ada lesen untuk melakukan aktiviti ini, saya ambillah peluang datang ke sini,” jelasnya.
Antara tarikan yang terdapat di Zoo Negara sudah pasti kehadiran pelbagai spesis haiwan yang berasal dari negara lain seperti unta, zirafah dan paling terkenal adalah panda pemberian dari China.
Setakat ini, hanya 2,500 pengunjung dibenarkan pada satu-satu masa bermula 9 pagi hingga 5 petang.
Hasimi Muhamad
Fri Mar 05 2021
Para pengunjung mengambil peluang pada hari pertama pembukaan semula Zoo Negara - Gambar Astro AWANI
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Bekas Pertahanan Kuala Lumpur meninggal dunia
Bekas pemain Kuala Lumpur (KL) Noh Haeng-seok dari Korea Selatan meninggal dunia pada usia 36 tahun hari ini.
Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga malam ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 9 malam ini.
4 lokasi santai di Kuala Lumpur gamit ibu bapa bawa anak-anak
Kaji selidik Klook mendapati lebih separuh rakyat memilih Kuala Lumpur selain Pulau Pinang dan Melaka sebagai destinasi pelancongan domestik.
Pusat beli-belah di ibu kota jadi tumpuan ramai menjelang Krismas
Pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelancong asing tidak melepaskan peluang cuti hujung minggu untuk bersama-sama berkongsi kemeriahan.
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Labuan dan beberapa negeri
Negeri-negeri yang terlibat termasuk Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, dan Sarawak.
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
Walk The Doc 2024 fokus tarikan lama Kuala Lumpur
Nurashikin Zaharuddin berkata festival tahun ini menyasarkan untuk menerokai aspek baharu pembuatan filem dokumentari.
Imigresen selamatkan dua wanita Bangladesh disyaki mangsa eksploitasi seks
Jabatan Imigresen (JIM) menyelamatkan dua wanita warga Bangladesh berusia 30 dan 34 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks, dalam satu operasi di Kuala Lumpur semalam.
Legenda irama disko Boney M temui peminat Malaysia tahun depan
Kumpulan legenda popular era irama disko 1970-an, Boney M bakal membawa semula jalur muzik kegemilangannya ke Malaysia pada 12 Jan depan.
Beberapa laluan utama Lembah Klang dilanda banjir kilat
Beberapa laluan utama negeri ini menuju Kuala Lumpur dilaporkan mengalami kesesakan susulan banjir kilat serta kemalangan pada Selasa.