JOHOR BAHRU: Wanita Perikatan Nasional (PN) mengemukakan sebanyak 16 nama untuk disenaraikan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.
Ketua Wanita PN Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata 16 nama yang dikemukakan kepada pucuk pimpinan PN itu, membabitkan wanita dari ketiga-tiga parti komponen dalam PN iaitu Bersatu, Pas dan Gerakan.
Beliau yang juga Ketua Srikandi Bersatu itu berharap, pucuk pimpinan PN dapat memberi ruang kepada Wanita PN untuk bertanding pada PRN nanti, sekali gus membantu memberi kemenangan kepada PN.
"Kita dah hantar nama seramai 16 terdiri daripada wanita-wanita PN. (Jaminan kerusi) belum lagi, cuma kita sudah hantarkan nama kepada pucuk pimpinan PN, dan calon yang kita kemukakan adalah dari pelbagai kategori dan latar belakang.
"Harapan kita sudah pasti kita mahukan peluang diberikan kepada wanita juga, kerana kita berharap bukan sekadar menjadi calon tetapi mereka ini mampu berkhidmat nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Jentera Wanita PN di sini malam tadi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Johor: Mohon 3 kerusi PKR, MUDA akan pertahan persefahaman politik
Turut hadir pada majlis itu Setiausaha Agung PN yang juga merangkap Pengarah Pilihan Raya PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin, dan Ketua Armada Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Dalam perkembangan sama, Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata wanita PN telah siap siaga menghadapi PRN Johor, dalam usaha memastikan sokongan dan undi melibatkan golongan pertama kali mengundi dan undi 18 berpihak kepada PN.
"Kalau ikutkan wanita PN ada 10,000 ahli berdaftar, kita ada ramai lagi wanita yang ingin turut membantu kita di bawah wanita PN di seluruh negeri Johor. Persediaan bukan baru bermula tapi sudah buat sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor," katanya.
PRN Johor bakal diadakan pada 12 Mac depan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) itu 22 Jan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 12 2022

Rina berkata 16 nama yang dikemukakan kepada pucuk pimpinan PN itu, membabitkan wanita dari ketiga-tiga parti komponen dalan PN iaitu Bersatu, PAS dan Gerakan. - Gambar fail/BERNAMA
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

16 calon wanita untuk bertanding PRN Johor - Wanita PN
Wanita Perikatan Nasional (PN) mengemukakan sebanyak 16 nama untuk disenaraikan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.