Keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bagi sesi 2017-2019 hari ini menyaksikan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu kekal tanpa bertanding.
Jawatan masing-masing disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, manakala tiga jawatan naib presiden kekal kepada penyandangnya.
Keputusan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Pas Datuk Wan Muttalib Embong di Kompleks Pas Kedah, di Kota Sarang Semut di sini hari ini.
Mantan Ketua Dewan Pemuda Pas Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula meraih undian tertinggi dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat dalam kalangan 26 orang calon.
Nik Abduh dan 17 calon lain mendapat undian yang mencukupi untuk mengisi 18 tempat dalam Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu.
Berikut adalah keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bagi sesi 2017-2019:
Pengerusi Tetap
Hussin Ismail (Menang tanpa bertanding)
Timbalan Pengerusi Tetap
Kamal Shaari (Menang tanpa bertanding)
Presiden
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Menang Tanpa Bertanding)
Timbalan Presiden
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Menang Tanpa Bertanding)
Naib Presiden
1) Idris Bin Ahmad 1,062 undi (kekal jawatan)
2) Mohd Amar Bin Abdullah 950 undi (kekal jawatan)
3) Iskandar Bin Abdul Samad 703 undi (kekal jawatan)
AJK Pas Pusat 2017-2019
1) Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (1,005 undi)
2) Datuk Dr Mohd Fadzli Hassan (1,001 undi)
3) Dr Riduan Mohd Noor 970 undi (970 undi)
4) Datuk Mohd Nassuruddin Daud (970 undi)
5) Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (932 undi)
6) Dr Najihatussolehah Ahmad (887 undi)
7) Dr Mohd Zuhdi Marzuki (878 undi)
8) Dr Halimah Ali (872 undi)
9) Sallehin Mukhyi (848 undi)
10) Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi (797 undi)
11) Dr Rosni Adam (752 undi)
12) Razman Zakaria (730 undi)
13) Dr Azman Ibrahim (730 undi)
14) Mokhtar Senik (724 undi)
15) Kamaruzzaman Mohamad (715 undi)
16) Abdullah Hussin (666 undi)
17) Misbahul Munir Masduki (639 undi)
18) Muhtar Suhaili (618 undi)
Hafiz Marzukhi
Mon May 01 2017

Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu kekal tanpa bertanding dengan masing-masing disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. - Gambar fail

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Pengajaran buat semua komuniti Liga-M
Kesalahan menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi final pertama 15 Feb lalu menyaksikan The Cops dihukum.

Salah, Szoboszlai hantui Manchester City di Etihad
Kemenangan luar biasa ke atas penyandang juara ini melebarkan jurang mata di puncak liga dan memberi tekanan psikologi kepada Arsenal.

Bekas bintang Arsenal, Manchester United kini bersama Feyenoord
Pemain berusia 41 tahun itu menandatangani kontrak sehingga Jun 2027 selepas dilepaskan Heerenveen.

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.

Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".

Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.

Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.

"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.

Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.

'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.