BUKIT GANTANG: Enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar surat penjelasan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada 27 Jun lalu, mengenai tindakan parti itu terhadap mereka.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang mewakili kumpulan itu berkata, penjelasan tersebut bagi memudahkan Speaker membuat pertimbangan yang sewajarnya.
Beliau berpendapat, tindakan yang dibuat oleh Bersatu seolah-olah cuba memerangkap mereka dan tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan, khususnya dalam Perkara 49A(1) mengenai kekosongan kerusi Parlimen.
"Kami tidak melepaskan keanggotaan kami daripada parti. Kami tidak pernah menyatakan kami bukan ahli parti sepanjang masa kami menyokong kerajaan Perdana Menteri PMX.
"Kami tidak pernah mengatakan bukan ahli parti Bersatu, tak pernah... dan kami tidak pernah membuat mana-mana poster untuk menunjukkan bahawa kami bukan ahli Bersatu. Kami tidak menentang Perlembagaan parti, kami tidak menentang principal parti bertanding dalam pilihan raya untuk membina sebuah kerajaan mengikut perlembagaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak pada Ahad.
Beliau menjelaskan, Perlembagaan Persekutuan secara khusus merujuk tiga syarat pengosongan kerusi Dewan Rakyat menggunakan perkataan ‘dia', bukannya tindakan atau pengumuman pihak ketiga.
Merujuk kepada Perkara 49A(1) Perlembagaan Persekutuan, kerusi seorang Ahli Dewan Rakyat akan kosong jika dia melepaskan keanggotaan parti politik, dia tidak lagi menjadi ahli parti politik berkenaan atau dia menyertai satu parti politik jika menang sebagai calon Bebas.
Sebelum ini, Bersatu menggesa Johari tidak berdolak dalih untuk segera mengisytiharkan kekosongan enam kerusi Parlimen.
Bersatu diwakili Naib Presidennya yang juga Ketua Whip di Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee, pada 20 Jun lalu mengemukakan notis kepada Johari meminta supaya enam kerusi Parlimen disandang wakil rakyatnya dikosongkan.
Selain Syed Abu Hussin, lima lagi Ahli Parlimen ialah Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi (Gua Musang) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).
Abd Razak Mohd Ali
Sun Jun 30 2024

Syed Abu Hussin berkata, penjelasan tersebut bagi memudahkan Speaker membuat pertimbangan yang sewajarnya. - Gambar fail
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Bersatu terima surat Speaker, tiada kekosongan 6 kerusi Parlimen
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Tan Sri Johari Abdul membuat keputusan menolak permohonan parti itu supaya kerusi enam Ahli Parlimen terbabit dikosongkan.

MP Bersatu: 'Saya tetap sokong PM, tidak sesekali buat pusingan U' - Zulkafperi
Datuk Zulkafperi Hanafi tidak berganjak untuk terus menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MP Bersatu sokong PM: 'Tak perlu PRK, buang masa, membazir' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin berkata, PRK hanya akan membuang masa kerana ia tidak akan mengubah kedudukan kerajaan yang ada ketika ini.

6 MP Bersatu sokong PM sudah beri penjelasan kepada Speaker - Syed Abu Hussin
Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang mewakili kumpulan itu berkata, penjelasan tersebut bagi memudahkan Speaker membuat pertimbangan yang sewajarnya.