MELAKA: Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka dilantik sebagai Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi mengukuhkan struktur pentadbiran Kerajaan Perpaduan di negeri itu.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang mengumumkan senarai 10 Timbalan Exco berkenaan selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) malam ini berkata, komposisi barisan Timbalan Exco terdiri daripada dua ADUN daripada Pakatan Harapan (PH) dan lapan ADUN daripada Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata, daripada jumlah itu, lapan merupakan muka baharu manakala dua lagi adalah bekas Exco kerajaan negeri sebelum ini.
Pada sidang media selepas MMKN berkenaan, Ab Rauf berkata, ADUN Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dilantik sebagai Timbalan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Teknikal dan Vokasional (TVET).
ADUN Taboh, Naning Zulkiflee Mohd Zin pula dilantik sebagai Timbalan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana manakala ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan dilantik memegang jawatan Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya.
Turut dilantik, ADUN Kota Laksamana, Low Chee Leong (Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan) serta ADUN Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halim (Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital).
Selain itu, ADUN Bandar Hilir, Leng Chau Yen dilantik sebagai Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti manakala ADUN Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis dilantik Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan.
Bagi jawatan Timbalan Exco Kerja Raya Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan pula ialah Zahari Abd Kalil (ADUN Durian Tunggal) dan ADUN Kuala Linggi, Rosli Abdullah dilantik Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama.
ADUN Pantai Kundor ,Tuminah Kadi @ Mohd Hashim pula dilantik Timbalan Exco Pembangunan Usahawan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.
"Bagi jawatan Timbalan Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan pula, kita masih belum putuskan kerana kita masih menunggu keputusan mereka yang tidak dapat dihubungi," katanya.
Sementara itu, Ab Rauf berkata, bagi jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri pula, ia akan diputuskan kemudian memandangkan Khaidhirah telah dilantik sebagai Timbalan Exco negeri. - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023

Ab Rauf Yusoh (tengah) bersama ADUN-ADUN Melaka yang dilantik sebagai Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi mengukuhkan struktur pentadbiran Kerajaan Perpaduan di negeri itu. - Gambar Facebook AB RAUF YUSOH
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu muat naik di Facebook turut menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas tragedi yang menimpa keluarga itu.

Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu
Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu selepas kerja-kerja naik taraf membabitkan kos RM18.45 juta siap sepenuhnya.

Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.

Hutang berkurang, kutipan hasil meningkat bukti gerak kerja kerajaan negeri berkesan
Kejayaan mencapai sasaran dalam mengurangkan jumlah hutang dan peningkatan kutipan hasil negeri menjadi bukti kepada gerak kerja proaktif dan sistematik diamalkan pentadbiran kerajaan negeri.

Beca Melaka jalani transformasi digital
Menerusi inisiatif itu, setiap beca yang berlesen akan diberi nombor dan kod QR bagi menjamin keselamatan penumpang dan pengayuh beca.

Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.

Syarikat bas henti-henti Panorama Melaka ditutup
Pengurusan sistem pengangkutan awam akan diambil alih oleh Handal Indah Sdn Bhd, dan 59 kakitangan PMSB akan diserap ke anak syarikat kerajaan negeri yang lain.

Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta
Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Kerajaan Melaka zahir simpati, dukacita terhadap keluarga mangsa
Ab Rauf menggesa jabatan dan agensi berkaitan kenderaan berat dapat memastikan aspek keselamatan dipatuhi sepenuhnya oleh pemilik dan pemandu bagi mengelakkan tragedi.

Hab produk halal diperluas kepada industri pelancongan
Produk halal perlu dikembangkan kepada sektor pelancongan dan dimanfaatkan oleh usahawan serta syarikat yang berada dalam industri halal.