Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin mengakui beliau menerima desakan agar melepaskan jawatan Exco Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang.
Keputusan melepaskan jawatan tersebut yang dipegang sejak tujuh tahun lalu diambil selepas perbincangan dengan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pada Rabu.
Menurut Afif, beliau memahami situasi dihadapi Ketua Menteri susulan perkembangan politik di peringkat Pusat dan telah menjelaskan pendiriannya terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir Pulau Pinang selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.
"Saya memerhati sejak beberapa hari yang lepas sehingga pada pagi ini saya percaya memang ada desakan daripada parti baik di peringkat Negeri dan Pusat supaya kedudukan saya ini dikosongkan selaku Exco kerajaan negeri," katanya pada sidang media di rumahnya di Permatang Pauh pada Rabu.
Afif bagaimanapun mengambil pendirian untuk kekal sebagai anggota PKR dan meneruskan tugas sebagai Adun.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh turut menegaskan tidak menyertai mana-mana parti lain ketika ini walaupun menerima tawaran untuk berbuat demikian.
Sebaliknya, beliau beranggapan dirinya masih anggota PKR yang berada dalam pertimbangan Lembaga Disiplin parti dan kepimpinan parti.
Keputusan untuk kekal dalam PKR selepas mengambil kira permintaan ahli di peringkat akar umbi yang menggesa beliau kekal dalam parti berkenaan walaupun melepaskan jawatan Exco.
"Saya juga telah secara peribadi bertemu dengan Presiden pada Isnin yang lepas dan saya telah menyatakan pandangan saya dan pendirian saya tentang perjuangan yang saya perjuangkan selama ini dan kedudukan saya.
"Dalam pertemuan itu saya sendiri telah menyatakan bahawa apa juga tindakan yang ingin diambil oleh parti terhadap saya, saya bersedia menerima kerana pada saya. Saya komited dan terus setia kepada perjuangan bukan kepada individu," katanya lagi.
BACA: Dr Afif Bahardin letak jawatan Exco Pulau Pinang
Pada masa sama, beliau mengakui sebagai rakyat, peluang harus diberikan kepada Perdana Menteri baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membentuk kerajaan yang bersih, bebas rasuah serta meneruskan Wawasan Kemakmuran Bersama.
Terdahulu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dalam sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) mengumumkan Dr Afif meletakkan jawatan sebagai Exco Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani, berkuatkuasa hari ini.
Afif antara penyokong bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau antara individu yang diserang penyokong PKR dalam kejadian di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, susulan pergolakan politik dalaman parti itu yang membawa perubahan tampuk kepimpinan Kerajaan Persekutuan.
Februari lalu, Afif menerima surat tunjuk sebab atas dakwaan melakukan sabotaj dengan terbabit dalam kekacauan pada Kongres AMK di Melaka, Disember lalu.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Mar 04 2020

Menurut Afif, Keputusan melepaskan jawatan tersebut yang dipegang sejak tujuh tahun lalu diambil selepas perbincangan dengan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pada Rabu. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting, elak besarkan perkara remeh
Baginda juga bertitah agar ADUN menghindari sebarang tindakan kurang sopan atau membesarkan perkara remeh.

BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.

DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.

Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.

Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.

Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.

Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.