Beliau yang dilihat tiba di perkarangan istana sekitar jam 9.10 pagi sempat melambai ke arah media sebelum memasuki istana.
BACA: Kerajaan baharu Perak ikut acuan Putrajaya - Ahmad Faizal
BACA: Faizal Azumu masih MB Perak - Nizar Jamaluddin
BACA: PH Perak kutuk tindakan Faizal Azumu jatuhkan kerajaan terdahulu
Ahmad Faizal dijadual menghadap Sultan Nazrin bagi menyembah maklum berkenaan kedudukan beliau sebagai menteri besar selain peralihan kerajaan negeri Perak.

Semalam, Perikatan Nasional Perak mengumumkan membentuk Kerajaan Perak yang baharu selepas berjaya memperoleh sokongan majoriti 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Ia merangkumi 25 ADUN UMNO, empat Bersatu dan tiga dari Pas.