KUALA LUMPUR: Ahli-ahli akar umbi UMNO semakin resah dan keliru selepas perbualan telefon yang dikatakan antara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tular sejak kelmarin, kata Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff.
Beliau menegaskan, mereka seolah-olah ditipu selepas presiden parti sendiri melaungkan tidak mengadakan sebarang pakatan dengan parti lain semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) lalu.
"Selepas mendengar audio berkenaan, ahli UMNO seolah-olah tidak boleh menafikan 'pakatan' antara kedua-dua pemimpin itu dan kecewa.
"Kini seolah-olah wujud perancangan lain di luar pengetahuan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
BACA: Audio mirip Zahid-Anwar: Penafian Ahmad Zahid leraikan kesangsian akar umbi - Penganalisis
BACA: Zahid tidak layak jadi Presiden sekiranya audio tulen, kata Ku Li
Sebelum ini, Anwar menafikan terbabit dalam audio tular perbualan bersama Zahid.
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini berkata, Zahid perlu bertanggungjawab dan tidak layak untuk terus memegang jawatan tersebut sekiranya pendedahan audio antara dirinya dan Anwar didapati tulen.
Dalam pada itu, jelas Mustapa, Lembaga Disiplin parti termasuk Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO perlu melihat apa yang berlaku dengan serius dan tidak bersikap pilih kasih dalam isu berkenaan.
"Mereka tidak boleh berdiam diri, Zahid perlu dinasihatkan agar berehat dahulu selagi kes berkenaan tidak diselesaikan.
"Jangan hanya ambil tindakan jika melibatkan ahli sahaja tetapi kalau orang-orang tertentu tidak pula diambil tindakan malah tidak dibawa berbincang pun.
"Kalau perlu rehat, rehatlah, bukan kita tidak suka dan tidak mengenang jasa-jasanya. Sekarang ini suasana kepercayaan politik lain, saya yakin pengundi muda akan bersama parti asalkan kita memberikan satu keyakinan kepada mereka dalam bentuk kepimpinan," ujarnya.
Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebelum ini menggesa Zahid melepaskan jawatan demi kelangsungan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tegasnya, Zahid tidak lagi mempunyai kredibiliti untuk memimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) selain perlu memberi laluan kepada orang lain untuk memimpin parti kerana imejnya sudah tercalar dengan tuduhan-tuduhan di mahkamah.
Astro Awani
Thu Apr 08 2021

Mustapa menegaskan, akar umni seolah-olah ditipu selepas Presiden parti sendiri melaungkan tidak mengadakan sebarang pakatan dengan parti lain semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 lalu. - BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.