KUALA LUMPUR: Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, yang mempunyai peruntukan bagi melarang AhlI Dewan Rakyat bertukar parti, akan berkuatkuasa esok (5 Oktober 2022), kata Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) itu berkata, tarikh pelaksanaan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, hari ini.
Katanya lagi, beliau menjunjung kasih terhadap perkenan Seri Paduka Baginda, yang membolehkan akta itu dikuatkuasa sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15.
“Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 ini telah diluluskan Dewan Rakyat pada 28 Julai 2022. Majoriti sokongan 209 orang Ahli Parlimen, dimana 11 orang tidak hadir. Dan (sokongan) Dewan Negara pada 9 Ogos 2022 dengan majoriti sokongan 52 Senator, di mana tujuh orang tidak hadir.
“Akta Perlembagaan ini, telah mendapat perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia YDP Agong, pada 31 Ogos 2022, dan telah diwartakan sebagai Akta A1663 pada 6 September 2022.
“Alhamdulillah, akta ini dapat perkenan YDP Agong bagi tarikh kuat kuasa pada 5 Oktober 2022, dan selaras dengan Seksyen 1 (2) dan Seksyen 1(2) Akta A1663, dan akta ini juga telah digazetkan pelaksanaannya baru sekejap tadi,” katanya lagi.
Dalam pada itu Wan Junaidi berkata, terdapat empat negeri yang sudah meluluskan akta berkaitan larangan bertukar parti di peringkat Dewan Undangan Negeri, iaitu Sarawak, Sabah, Kelantan, dan Pulau Pinang.
Bagi tujuan penyelarasan, beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengutus surat kepada kesemua Kerajaan Negeri, meminta mereka mengikut ketetapan berdasarkan Akta tersebut.
“Maka itulah kenapanya surat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menyusul kepada semua negeri, meminta negeri selaraskan menggunapakai pindaan yang kita telah gubal di bawah Jadual Ke-lapan Pindaan Perlembagaan ini.
“Dan jadual itu adalah untuk selaraskan penggunaan ahli berpindah parti di negeri-negeri yang boleh digunapakai pada pihak ADUN dia. Walaupun case review Nordin Salleh telah di overturn dia punya decision, tetapi kesannya sama. Kita hendak undang-undang itu diselaraskan supaya peruntukan di semua negeri itu bersama-sama (dengan semangat akta),” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Oct 04 2022

Wan Junaidi berkata Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, atau Akta Antilompat Parti, akan berkuatkuasa esok (5 Oktober, 2022). - BERNAMA

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Isu enam kerusi Parlimen: Ini bukan soal takut, ini soal Perlembagaan - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan ketika ini menghormati ketetapan yang termaktub dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663) atau Akta Antilompat Parti.

Akta Antilompat Parti perlu lebih ketat - Mohamad Hasan
Akta Antilompat Parti wajar dikaji semula bagi mengatasi kelompongan sedia ada sekali gus menghalang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri melompat ke parti lawan.

Perbaiki kelompangan Akta Antilompat Parti, elak rakyat benci dan muak - Akmal
Kelompangan dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 atau Akta Antilompat Parti perlu diperbaiki bagi mengelak rakyat benci dan muak.

Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.

ADUN lompat parti tindakan tidak berpelembagaan - Warisan
Tindakan ADUN melompat selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan kepada Akta Antilompat Parti dianggap tidak berpelembagaan.

PRU15: 'Ahli Parlimen sokong saya jadi PM tidak langgar Akta Antilompat Parti' - Muhyiddin
Muhyiddin menjelaskan tindakan ahli-ahli Parlimen berkenaan tidak melanggar sebarang akta seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Akta Antilompat Parti berkuatkuasa esok - Wan Junaidi
Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, atau Akta Antilompat Parti, akan berkuatkuasa esok (5 Oktober, 2022).

Agong tentukan tarikh pelaksanaan Akta Antilompat Parti - Wan Junaidi
Agong boleh menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa peruntukan seksyen 6 Akta A1663 dengan persetujuan Raja atau Yang di-Pertua negeri.

Lebih banyak serangan, fitnah menjelang PRU15 - MB Johor
Katanya, serangan tersebut dilakukan pembangkang untuk menyemarak perasaan benci rakyat terhadap kerajaan negeri.

Dewan Negara lulus Akta Antilompat Parti, lebih dua pertiga sokong
Jumlah Ahli Dewan Negara yang menyokong ialah seramai 52 orang, sementara tujuh orang lagi tidak hadir.