Debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz wajar diteruskan, kata bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam.
Beliau berkata, dunia semakin terbuka, malah politik negara telah berada di peringkat matang.
Justeru, hujahan daripada dua pihak yang terlibat ini tentunya ditunggu banyak pihak dan secara tidak langsung mampu menyelesaikan isu berbangkit seperti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) .
Beliau berkata, meskipun isu (1MDB) yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya telah dijawab oleh kerajaan dan membuktikan beliau tidak terlibat, namun ia masih hangat diperkatakan.
Katanya, keberanian Nazri menggunakan platform itu juga dilihat mampu menyelesaikan persoalan yang timbul khususnya dalam masyarakat.
Tambahnya, mengikut contoh negara luar, perdebatan antara pemimpin politik daripada dua parti berbeza bagi menghujahkan isu-isu semasa berkaitan negara yang berbangkit bukan suatu perkara luar biasa.
Justeru, secara peribadi, beliau berpendapat budaya seumpama itu perlu dicontohi oleh pemimpin-pemimpin politik di Malaysia.
“Dunia semakin terbuka sekarang. Kalau kita lihat dunia luar, mereka akan debat antara ahli politik apabila timbul isu tertent. Jadi kita pun dah tiba peringkat politik matang di Malaysia.
“Kita nak dengar hujah mereka yang terlibat dan kita boleh dapatkan perbandingan dan keputusan yang lebih matang. Walaupun beberapa isu dah selesai, fitnah tentang PM dah selesai, tapi masih lagi diperkatakan.
“Kita percaya Nazri mesti ada kekuatan sendiri yang boleh melawan hujah Tun Mahathir. Oleh itu kita pun nak dengar hujah ini kerana kita dah mencapai politik matang, sepertimana di negara barat.
Beliau berkata demikian ketika melawat jenazah pegawai khasnya yang meninggal dunia akibat serangan jantung di perkaranagn bilik mayat Hospital Melaka malam tadi.
Mengulas lanjut katanya, memandangkan kedua-dua pihak berhati terbuka untuk merealisasikan perdebatan yang sudah pasti ditunggu rakyat ini, maka ia relevan untuk diteruskan.
Jelasnya, memandangkan permit pemohonan telah dibatalkan, debat ini mungkin boleh diteruskan di tempat-tempat tertutup yang tidak mengganggu ketenteraman orang awam.
Astro Awani
Mon Apr 03 2017

ALI: Dunia semakin terbuka.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Teka-teki terjawab, Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 petang ini.

Letak jawatan Ketua Menteri? Sulaiman hanya tunjuk isyarat 'maaf'
Sulaiman meninggalkan Kompleks Seri Negeri pada pukul 11.03 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Mercedes Benz.

Nur Azmi ganti Ali Rustam terajui Karate Malaysia
Beliau menggantikan Tun Mohd Ali Rustam selepas menang tanpa bertanding pada Kongres MAKAF ke-31 semalam.

KPN dahului 695 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka
Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka akan diadakan selepas Melaka melangkah ke Fasa Tiga PPN.

Mohd Ali Yang Dipertua Negeri Melaka: K'jaan negeri, rakyat zahir tahniah - KM
Kerajaan negeri Melaka dan seluruh rakyat negeri ini mengucapkan tahniah kepada Tun Mohd Ali Rustam yang diangkat sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ketujuh, kata Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali.

Agong kurnia Watikah Pelantikan TYT Melaka ketujuh kepada Mohd Ali Rustam
Pelantikan bekas Ketua Menteri Melaka itu berkuat kuasa semalam sehingga tempoh empat tahun bagi menggantikan Tun Dr Mohd Khalil Yaakob yang tamat tempoh perkhidmatan semalam.

Nama PUNB sekali lagi dimanipulasi pihak tertentu
PUNB tidak pernah melantik atau menggunakan mana-mana khidmat perantara, persatuan, ejen atau wakil, untuk berurusan dengan usahawan dan bakal usahawan yang memohon pembiayaan daripada PUNB.

Ali Rustam mahu debat Tun Mahathir dan Nazri Aziz diteruskan
Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, dunia semakin terbuka dan politik negara telah berada di peringkat matang, untuk menganjurkan sesi debat seperti itu.

ASEAN, OIC dan PBB perlu hentikan pembunuhan etnik Rohingya - DMDI
ASEAN, OIC dan PBB boleh memainkan peranan penting menghentikan krisis di Myanmar serta mempunyai kuasa untuk menamatkan pembunuhan secara beramai-ramai.

Penganjur sedia bayar kos pembersihan RM50,000 bagi 'Himpunan Rakyat Bersatu'
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menanggung kos pembersihan itu.