JOHOR BAHRU: Anak sulung bekas Menteri Besar Johor Allahyarham Datuk Osman Sapian iaitu Nornekman mungkin bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.
Nornekman, 47, yang juga Timbalan Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Johor berkata meskipun bertanding atas tiket parti politik yang berbeza dengan ayahnya, namun itu bukan penghalang baginya meneruskan legasi arwah bapanya bagi menabur bakti kepada masyarakat.
"Saya memang bersedia untuk bertanding dan jika boleh, mahu menjadi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas kerana penduduk di situ amat dekat di hati kami sekeluarga, termasuk saya sendiri sepanjang tiga penggal arwah menjadi wakil rakyat di situ.
"Bagaimanapun saya tetap akan akur dengan sebarang keputusan kepimpinan parti melibatkan soal pencalonan dalam PRN Johor," katanya di pejabat Pejuang Johor di sini hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Johor: 'Terlalu awal bicara jawatan MB, fokus menang dahulu'
Osman bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas yang juga merupakan Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam, meninggal dunia di rumah anaknya di Kuala Lumpur pada 21 Dis 2021.
Mengulas mengenai Johor sebagai medan pertama Pejuang bertanding, Nornekman berkata parti itu mahu menghadiahkan kemenangan PRN Johor kepada Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad selain berharap kesihatan pengasas parti itu beransur baik sekali gus membolehkan beliau turun membantu jentera di PRN Johor.
"Bagaimanapun, apa yang lebih utama adalah beliau menjaga kesihatan diri ketika ini. Jika beliau tidak dapat turun secara fizikal sekalipun, beliau masih boleh membantu kempen melalui pelbagai platform lain, termasuklah menggunakan media sosial," katanya.
Semalam, anak sulung bekas perdana menteri itu, Datin Paduka Marina dilaporkan berkata keadaan kesihatan Dr Mahathir semakin pulih dan telah dipindahkan dari Unit Rawatan Koronari ke wad biasa Institut Jantung Negara (IJN).
Sementara itu, Nornekman berkata Pejuang Johor akan memastikan calon yang dipilih untuk bertanding dalam PRN itu tidak melakukan kecuaian yang boleh menjejaskan kempen parti, khususnya ketika hari proses penamaan calon.
"Sebagai langkah persediaan Biro Peguam parti, akan memberi latihan kepada semua pihak terlibat kerana setiap kali pilihan raya, kita akan dengar berita kecuaian seperti calon salah isi borang, tertinggal kad pengenalan dan sebagainya, jadi Pejuang akan pastikan perkara seperti ini tidak berlaku," katanya.
Pada Sabtu lepas, Ketua Pejuang Johor Datuk Dr Saharuddin Mohd Salleh dilaporkan berkata parti itu akan bertanding secara sendirian dengan meletakkan 42 calon pada PRN Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022
Nornekman berkata meskipun bertanding atas tiket parti politik yang berbeza dengan ayahnya, namun itu bukan penghalang baginya meneruskan legasi arwah bapanya bagi menabur bakti kepada masyarakat.- Foto Astro AWANI
Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.
Melaka kesan cubaan sebar 'The Ahmadi'
Kerajaan negeri menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang berlangsung pada 3 Oktober tahun lalu juga telah fatwa ajaran itu sebagai sesat dan menunggu untuk diwartakan tidak lama lagi.
Pengubahan wang haram: Bekas CEO syarikat penyiaran pula ditahan
Kes pengubahan wang haram membabitkan seorang CEO syarikat penyiaran di Sarawak memasuki episod baharu apabila bekas CEO syarikat berkenaan turut ditahan.
Singapura yakin Malaysia angkat martabat agenda kelestarian
Singapura meletakkan harapan kepada Malaysia untuk memajukan agenda kelestarian rantau ini semasa mempengerusikan ASEAN 2025.
Menteri Luar Negeri, Dr Vivian Balakrishnan berkata, ini boleh dicapai dengan melengkapkan keperluan infrastruktur dan sokongan kewangan untuk peralihan tenaga boleh diperbaharui.
Menteri Luar Negeri, Dr Vivian Balakrishnan berkata, ini boleh dicapai dengan melengkapkan keperluan infrastruktur dan sokongan kewangan untuk peralihan tenaga boleh diperbaharui.
Thailand alu-alukan rakyatnya cari makan di Malaysia, kembali
Gabenor Wilayah Narathiwat, Trakul Thotham berkata, kerajaan Thailand mengalu-alukan rakyatnya termasuk yang masuk secara haram ke Malaysia untuk mencari rezeki di negara jiran, untuk kembali memandangkan pihak berkuasa negara itu giat meningkatkan sosial ekonomi penduduk terutamanya di wilayah Selatan.
Tujuh pertuduhan Muhyiddin Yassin didengar, dibicara bersama
Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan RM232.5 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang RM200 juta dihadapi Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dibicarakan dan didengar bersama.
KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Ketua Polis Negara bantu mangsa di lokasi
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain membantu seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban.
Kerajaan diarahkan segerakan pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan memihak kepada sekumpulan bekas penjawat awam dengan mengarahkan kerajaan segera melaksanakan pelarasan pencen seperti yang ditetapkan keputusan mahkamah terdahulu.
MINDEF sedia RM12 bilion untuk perolehan aset, kelengkapan ATM
Kementerian Pertahanan akan menyedikaan peruntukan 12 bilion ringgit untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi tujuan perolehan aset dan kelengkapan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia sebagai langkah untuk memantapkan lagi keupayaan pertahanan negara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia sebagai langkah untuk memantapkan lagi keupayaan pertahanan negara.
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.