Kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini yang menyatakan kononnya kerajaan yang ada ketika ini telah jatuh adalah satu kenyataan yang lebih menjurus kepada politik terdesak yang tiada asas.
Menurut Timbalan Menteri Menteri Sains, Tenaga Dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim ketika dihubungi Astro AWANI berkata Anwar sepatutnya menghormati keadaan Yang di-Pertuan Agong (YDP) yang pada ketika ini sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
"Ini tiada angin tiada apa tiba-tiba umum kerajaan jatuh. Saya kira ini adalah bentuk politik terdesak beliau. Dia sepatutnya lebiih sensitif dan bertimbang rasa dengan keadaan YDP yang sedang mendapatkan rawatan di IJN dan bukannya buat benda yang tiada asas," katanya yang kini berada di Sabah bagi membantu jentera Perikatan Nasional menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah.
Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, tiada apa yang berlaku sebaliknya mesyuarat Kabinet yang dijadualkan pada pagi tadi berlangsung seperti biasa.
"Mesyuarat Kabinet macam biasa pagi tadi. Perdana Menteri sendiri tak sentuh apapun mengenai isu ini.
"Takkanlah benda sebesar ini kami semua tak tahu atau tiada dalam pengetahuan kami jika benar," jelas Ahmad Amzad.
Malah jelasnya, di sebalik tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan kesan yang tidak sepatutnya kepada ekonomi negara.
"Tengok apa jadi pada pasaran saham pagi ini. Jatuh merundum dengan teruk gara-gara perbuatan beliau. Asal dia buka mulut saja pasaran saham jatuh merudum," kata Ahmad Amzad lagi.
Jelasnya lagi, soal kepercayaan terhadap Anwar suatu yang sering menjadi isu.
"Kalau Tun Mahathir, Shafie Apdal pun tak percayakan dia, kita lagilah tak percaya. Bukan sekali. Dah berkali-kali.
"Seri Paduka Baginda YDP Agong sedang gering pun, dia sanggup jual temberang lagi," tegasnya.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed Sep 23 2020

Anwar sepatutnya lebih sensitif dan hormat keadaan Yang di-Pertuan Agong ketika ini, kata Ahmad Amzad

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

PRK: Amzad sedia 'dihukum' pengundi Kuala Terengganu
Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mengakui beliau bersedia untuk 'dihukum' oleh pengundi di kawasan itu susulan isu mahkamah yang dihadapinya ketika ini.

PRK pertama selepas PRU15 jadi tumpuan di Terengganu
Secara keseluruhannya, PRN Terengganu kali ini bakal menyaksikan pertembungan 1:1 kecuali di DUN Bandar.

Mesyuarat khas SPR hari ini tentukan tarikh penting PRK Kuala Terengganu
Mesyuarat diadakan selepas SPR terima laporan hakim berkenaan keputusan mahkamah membatalkan pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu.

Kes saman fitnah Anwar terhadap Ahmad Amzad dibicarakan pada 23 April 2024
Kes saman fitnah difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Ahmad Amzad Hashim akan dibicarakan bermula 23 April tahun depan.

Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu
Keputusan itu disahkan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Pas Pusat yang sedang berlangsung ketika ini.

PRU15: Mahkamah batal kemenangan Pas di Kuala Terengganu
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu hari ini, membatalkan kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dakwa bohong terima gaji RM1, Anwar saman Ahmad Amzad
Peguam Datuk S N Nair, yang mewakili Anwar berkata saman itu difailkan pada 3.59 petang tadi.

Anwar hantar notis tuntut Ahmad Amzad mohon maaf
Anwar mengemukakan notis tuntutan terhadap Ahmad Amzad supaya Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu memohon maaf tanpa syarat kerana didakwa memfitnah beliau.

Stesen pengecasan EV masih rendah, kurang daripada 1,000 - MOSTI
MOSTI pada awalnya menyasarkan 5,000 stesen pengecasan di seluruh negara pada tahun ini dengan penumpuan di bandar-bandar utama.

Lebih 4,000 usahawan muda dapat manfaat program MYStartup
Seramai 4,304 usahawan di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada program MYStartup anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).