KUALA LUMPUR: Lima kali bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendengar sendiri falsafah perjuangan politik Presiden PKR itu, akhirnya menemukan Datuk Afdlin Shauki pada jawapan kenapa beliau harus memilih untuk bersama-sama parti berkenaan dalam langkah politiknya.
PKR, kata Afdlin, misi parti itu, seiring dengan kecintaan beliau pada kerja-kerja kemasyarakatan.
Mendampingi rakyat, menyantuni golongan tidak berkemampuan dan membantu mengubah nasib golongan yang memerlukan adalah kerja-kerja yang sering dilakukan Afdlin selama ini di bawah payung pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Justeru, melihat ketekunan Anwar dan PKR meletakkan kebajikan rakyat pelbagai kaum sebagai keutamaaan dalam perjuangan menyebabkan seniman itu membulatkan tekad untuk berada dalam platform yang sama.
Dalam masa sama, Afdlin, 50, juga mengagumi semangat perjuangan Anwar yang juga Ketua Pembangkang.
Kata Afdlin, segala kepayahan yang dilalui Anwar sepanjang beberapa dekad dalam gelanggang politik benar-benar menyentuh hatinya.
“Perjuangan Datuk Seri Anwar dari kaca mata saya seperti mana yang dilalui Nelson Mandela. Seperti mana Nelson Mandela melalui kepayahan sehingga dipenjara, demikian juga dengan Datuk Seri Anwar.
“Saya kagum dengan ketabahan dan kesabaran beliau,” kata Afdlin dalam wawancara bersama Astro AWANI.
Mandela yang meninggal dunia pada usia 95 tahun pada 2013 merupakan bekas Presiden Afrika Selatan
yang mengetuai peralihan pentadbiran negara itu daripada minoriti kulit putih pada awal 90-an selepas 27 tahun dipenjara.
Afdlin yang menempa kemasyhuran sebagai pelakon, pengarah, penyanyi dan penerbit pada Selasa mengesahkan kepada Astro AWANI memilih PKR sebagai wadah politiknya.
Penyertaan Afdlin akan diumumkan secara rasmi oleh Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson pada malam esok.
BACA: Afdlin Shauki sertai PKR, perjuangan politik Anwar jadi inspirasi
Pernah bersama UMNO sebelum ini, penghijrahan Afdlin ke PKR semata-mata untuk bersama-sama Anwar melakukan perubahan pada gelanggang politik dan ke arah kebaikan Malaysia untuk dinikmati oleh generasi akan datang.
Sebagai seorang bapa kepada tiga cahaya mata, Afdlin berkata, untuk melihat masa depan negara yang lebih gemilang, Malaysia harus dipimpin oleh seorang pemimpin yang sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.
“Datuk Seri Anwar memiliki ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan negara. Saya tidak ragu-ragu untuk bersama PKR, mahu membantu beliau membawa Malaysia ke landasan yang diperlukan,” ujar Afdlin lagi.
Selain Afdlin, rakannya, Datuk Hans Isaac juga sebelum ini dilihat semakin aktif dalam lapangan politik dan difahamkan PKR juga menjadi wadah pilihannya.
Ditanya maklum balas daripada golongan karyawan seni terhadap keputusannya untuk bergerak aktif dalam politik, Afdlin berkata, sebetulnya ramai rakan artis yang mempunyai keinginan sama sepertinya.
Namun, kebimbangan sebahagian besar daripada mereka, tegas Afdlin, ialah risau periuk nasi terjejas hanya kerana memberi sokongan secara terbuka pada parti politik pembangkang.
“Kita tidak boleh salahkan mereka kerana masing-masing perlu menjaga kerjaya. Namun, saya amat yakin, sekalipun memilih untuk bersama parti politik apa sekalipun, rezeki Allah yang akan tentukan.
“Perjuangan saya adalah untuk masa depan generasi akan datang termasuk anak-anak saya sendiri. Saya mahukan generasi akan datang dapat menikmati kemakmuran di bumi Malaysia,” kata Afdlin.
Saharudin Musthafa
Wed Mar 31 2021
Datuk Afdlin Shauki mengagumi semangat perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya seperti tokoh terbilang Afrika Selatan, Nelson Mandela. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 3 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Jepun lancar roket H3 pembawa satelit navigasi Michibiki
Jepun pada Ahad melancarkan satelit navigasi Michibiki dengan menggunakan Roket H3 No. 5 dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima.
Ribuan bantah pengusiran imigran di Atlanta
Ribuan berhimpun di sepanjang lebuhraya Buford di Atlanta, Georgia selepas pihak Jabatan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika Syarikat mengumumkan pelaksanaan operasi bersasar di metro Atlanta. Ia sebagai tanda protes terhadap tindakan itu yang dilaksana dibawah arahan Presiden Donald Trump sejurus pelantikannya kembali ke White House minggu lalu.
Lelaki ditahan disyaki seludup motosikal dari negara jiran
Polis menahan seorang lelaki, semalam, dipercayai menyeludup masuk motosikal Yamaha RXZ dan komponen enjin dari negara jiran.
Netanyahu ke Washington bertemu Trump
Netanyahu, pemimpin asing pertama yang membuat kunjungan sejak pelantikan Trump bulan lalu, meninggalkan Israel ketika gencatan senjata di Gaza masih berjalan dan rundingan fasa kedua dijangka bermula minggu ini.
Kesiapsiagaan berdepan gelombang kedua banjir
Bersama Mohtar Samat, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Sarawak bagi membincangkan Kesiapsiagaan berdepan gelombang kedua banjir
Dakwaan salah laku Afdlin Shauki: Laporan siasatan dalaman siap minggu depan - Dr Zaliha
"Tidak apa kalau saudara Afdlin mahu menolak dan menafikan tuduhan tersebut, itu hak beliau."
Baik Punya Ah Long ke Festival Filem Rotterdam 2025, Datuk Afdlin syukur
Afdlin bersyukur dan bangga apabila filem Baik Punya Ah Long berjaya terpilih untuk mengadakan tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam.
'Baik Punya Ah Long' mendominasi carta pawagam selepas sehari ditayangkan
Ia kekal mendominasi meskipun diasak kehadiran filem antarabangsa seperti The Greatest of All Time, Transformers One, dan Hellboy.
'Tak pernah dibuat orang' - Poster ah long tawar pinjaman tergantung di KLCC, bertebaran di Bukit Bintang
Apa yang menarik perhatian apabila poster tersebut turut memaparkan wajah pelawak popular tanah air iaitu Johan, Zizan dan Datuk Afdlin Shauki.
Astro Shaw jadi perintis industri filem Malaysia, perkenal treler multi-programatik
Seiring dengan evolusi landskap sinema di Malaysia, permintaan untuk strategi pemasaran kreatif semakin meningkat.
FDAM gesa penggiat seni utamakan kesihatan, enggan sejarah P Ramlee berulang
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menggesa ahli-ahlinya mengambil masa menjaga diri sendiri berbanding terlalu fokus bekerja.
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Afdlin Shauki dilantik Pengerusi baharu FDAM
Afdlin berikrar untuk menaikkan kembali imej FDAM yang tercalar sebelum ini.
Belanjawan 2024: Afdlin Shauki harap infrastruktur industri seni ditambah baik
Afdlin Shauki Aksan berharap kerajaan dapat memberi tumpuan kepada infrastruktur bagi industri seni menjelang pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat.
'Saya lebih tenang, makan terjaga selepas kahwin' - Afdlin Shauki berhasrat timang zuriat
Menurut Afdlin, dia enggan meletakkan harapan terlalu tinggi mengenai hal zuriat kerana kerana sedar dirinya juga sudah berusia.