KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali mengesahkan tidak menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
Sebaliknya Ahli Parlimen Papar itu kekal sebagai ahli langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Kami (empat Ahli Parlimen) tidak menyertai parti itu (Gagasan Rakyat) kerana undang-undang tidak membenarkan (Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663)).
"Kami akan kekal sebagai ahli langsung GRS sebagaimana sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)," katanya.
Selain Armizan, tiga lagi Ahli Dewan Rakyat yang kekal sebagai ahli langsung GRS ialah Datuk Matbali Musah (Sipitang); Khairul Firdaus Akhbar Khan (Batu Sapi) dan Datuk Jonathan Yassin (Ranau).
Ditanya mengenai tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang membawa keputusan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul ke mahkamah, Armizan menyerahkan kepada institusi kehakiman itu untuk memutuskannya.
"Itu hak mereka. Walaupun Speaker Dewan Rakyat telah membuat keputusan sebab dalam Perlembagaan Persekutuan itu jelas bahawa hak dan keputusan itu (terletak) kepada Speaker," katanya.
Terdahulu Bersatu telah menerima surat daripada Speaker Dewan Rakyat bertarikh 16 Januari 2023 berhubung notis kekosongan kerusi empat Ahli Dewan Rakyat di Sabah yang telah gugur keahlian mereka dalam Bersatu.
Yang Dipertua Dewan Rakyat memutuskan empat Ahli Dewan Rakyat tersebut tidak perlu mengosongkan kerusi masing-masing menurut Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan kerana mereka bukan ahli Bersatu ketika bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Alasan yang diberikan ialah empat Ahli Dewan Rakyat tersebut telah menjadi ahli langsung Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 27 Oktober 2022.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Yang Dipertua Dewan Rakyat telah terkhilaf dalam membuat tafsiran Perlembagaan Bersatu dan dengan itu keputusannya juga adalah terkhilaf.
Justeru beliau akan merujuk keputusan berkenaan di mahkamah.
Mirlen Axtius
Sun Jan 29 2023

Jelas Armizan,keputusan untuk kekal sebagai ahli langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dibuat atas faktor undang-undang yang melarang wakil rakyat bertukar parti. - Foto Bernama

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Gagasan Rakyat adakan persidangan agung tahunan pertama 13 November - Hajiji
Persidangan sehari itu akan dihadiri oleh perwakilan serta pemerhati dari 73 bahagian Gagasan Rakyat serta wakil dari Labuan.

Hajiji yakin kerjasama GRS, PH Sabah bawa kejayaan pada PRN akan datang
Hajiji berkata, keyakinan itu berdasarkan penerimaan rakyat yang meningkat terhadap Gagasan Rakyat yang merupakan parti komponen GRS.

Awang Ahmad Sah umum keluar Warisan, sertai Gagasan Rakyat
Datuk Awang Ahmad Sah Sahari hari ini mengumumkan keluar daripada Warisan dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Lima ADUN Sabah keluar UMNO, umum sertai Gagasan Rakyat dipimpin Hajiji
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bertindak keluar daripada parti dan mengumumkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Armizan sah tidak sertai Parti Gagasan Rakyat Sabah, kekal ahli langsung GRS
Selain Armizan, tiga lagi Ahli Dewan Rakyat yang kekal sebagai ahli langsung GRS ialah Datuk Matbali Musah (Sipitang); Khairul Firdaus Akhbar Khan (Batu Sapi) dan Datuk Jonathan Yassin (Ranau).