KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Ketua Bahagian Bersatu Putrajaya Datuk Seri Erwan Mohd Tahir memohon untuk kembali menyertai UMNO tidak akan menjejaskan bahagian itu, kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata akar umbi dan kepimpinan Bahagian Putrajaya sentiasa berada dalam keadaan kukuh dan susulan tindakan Erwan, jawatan ketua bahagian itu kini dipangku oleh Timbalan Ketua Bahagian Fathul Azam Hashim.
"Tindakan bekas Ketua Bahagian Putrajaya memohon untuk kembali menyertai UMNO tidak menjejaskan Bersatu Putrajaya kerana beliau telah pun meletakkan jawatannya pada 10 Okt tahun lepas setelah tewas dalam pemilihan parti bagi jawatan Naib Presiden," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Bekas Ketua Bersatu Putrajaya kembali sertai UMNO, zahir sokongan kepada Ismail Sabri
Semalam, media memetik Erwan sebagai berkata beliau telah keluar dari Bersatu dan kembali menyertai UMNO berkuat kuasa serta-merta.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 02 2021

Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata akar umbi dan kepimpinan Bahagian Putrajaya sentiasa berada dalam keadaan kukuh. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bekas ketua bahagian mohon sertai UMNO, Bersatu Putrajaya tidak terjejas
Tindakan bekas Ketua Bahagian Bersatu Putrajaya Datuk Seri Erwan Mohd Tahir memohon untuk kembali menyertai UMNO tidak akan menjejaskan bahagian itu.

120 ahli Bersatu Putrajaya keluar parti, kembali sertai UMNO
120 Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Putrajaya mengumumkan keluar daripada parti itu dan kembali menyertai UMNO.