JOHOR BAHRU: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui wujud perbezaan pandangan dalam kalangan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN), namun beliau yakin perbezaan itu tidak akan memecah belahkan gabungan berkenaan.
Katanya beliau turut yakin MCA dan MIC akan terus bersama BN dalam usaha melakukan perubahan bagi menghadapi cabaran politik pada masa depan.
"Saya percaya tiada fakta menunjukkan mereka tidak akan bersama (BN). Perbezaan pandangan memang ada, bukan sahaja dalam kalangan ahli UMNO, tetapi dengan komponen pun kadang-kadang (ada), dari dahulu pun, waktu kita menjadi kerajaan kenyataan yang dibuat oleh parti komponen agak keras dan kita tidak pernah berpecah pun.
"Apabila BN kalah pada Pilihan Raya Umum lalu, banyak parti lain meninggalkan kita, tetapi MCA dan MIC terus kekal bersama kita, jadi pandangan berbeza tidak akan memecahbelahkan antara parti di dalam BN dan saya yakin mereka akan terus kekal bersama BN," katanya kepada pemberita selepas majlis program Bangkit 15 peringkat negeri Johor di sini hari ini.
Mengulas mengenai gesaan beberapa pihak yang mahukan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengundur diri kerana dibayangi beberapa isu termasuk kes mahkamah, Ismail Sabri berkata UMNO adalah parti yang bebas dan demokratik; selain ahlinya bebas mengeluarkan hujah dan pandangan.
"Kita tidak pernah menyekat pandangan daripada sesiapa pun sejak dari dahulu lagi dan ini adalah cara UMNO, jadi terserah kepada ahli-ahli untuk cakap apa-apa, tetapi akhirnya kitalah yang akan buat keputusan di peringkat Majlis Tertinggi dan sebagainya," katanya.
Mengenai audio mirip suara Ahmad Zahid dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa bertujuan memecahbelahkan parti, beliau berkata: "setakat ini saya tak berani kata.. tak nak kata memecahbelahkan parti.. tetapi perbezaan pandangan itu ada. Ada yang kata ia betul, ada yang kata palsu. Jalan terbaik adalah polis punya siasatan".
BACA: Rakaman audio didakwa mirip suara Anwar-Zahid tersebar
Baru-baru ini satu rakaman audio perbualan antara dua individu dengan suara mirip Ahmad Zahid dan Anwar yang didakwa berlangsung selepas Perhimpunan Agung UMNO, menjadi tular di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 10 2021
Ismail turut yakin MCA dan MIC akan terus bersama BN dalam usaha melakukan perubahan bagi menghadapi cabaran politik pada masa depan. - BERNAMA
Pendirian Malaysia sama dengan negara Islam lain - PM
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
MBSA benar jualan mercun, bunga api di empat bazar Ramadan
MBSA hanya membenarkan jualan mercun dan bunga api di empat bazar Ramadan di bawah kendaliannya sepanjang Ramadan kali ini.
Dakwaan fitnah terhadap bekas Naib Canselor UKM: Polis rakam keterangan dua individu
Polis merakam keterangan dua individu daripada pengurusan tertinggi sebuah universiti awam tempatan berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan membabitkan bekas Naib Canselor UKM.
Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Niaga AWANI Khas: Mencorak pelaburan mampan negara
Dinamik geoekonomi dan geopolitik menuntut syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mempelbagaikan portfolio selain mencari alternatif dalam menampan ketidaktentuan tersebut.
AWANI Ringkas: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke
PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai penjualan saham MAHB.
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.
Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.
Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.
Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.
Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.
Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.
Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.
Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled
Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, dan akan dilakukan mengikut lunas perundangan.