KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, telah membuat persiapan awal bagi membantu menggerakkan jentera dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Menurut Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, kerangka awal perlu dilaksana dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa tentang persiapan yang telah dilakukan.
"Seperti mana yang telah disebutkan pengerusi Barisan Nasional, kita akan meneruskan apa yang kita bina ini dan dalam masa yang sama keputusan bersama daripada pimpinan Barisan Nasional akan kita bincangkan kerana kita melihat bahawa satu bentuk kerjasama dalam membentuk Kerajaan itu sangat penting.
"Dan kita dapati, sebagai contoh, dalam usaha kita untuk bekerjasama dalam kerajaan yang ada pada hari ini adalah merupakan antara modul yang dapat kita teruskan sekiranya diputuskan oleh Majlis pimpinan tertinggi Barisan Nasional," katanya.
Pelancaran Konvensyen dan Sambutan Ulangtahun Jubli Emas ke 50 Barisan Nasional Peringkat Kebangsaan dijangka akan diadakan pada Julai depan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
Bagaimanapun, tarikh pelancaran akan ditetapkan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO nanti.
"Sempena sambutan 50 tahun ini juga, pelbagai program dan agenda telah diatur sehingga hujung tahun ini.
"Antaranya ialah konvensyen-konvensyen negeri yang akan diadakan dan bagi negeri-negeri yang akan menganjurkan dalam tempoh terdekat adalah Kelantan dan Johor yang akan adakan konvensyen pada 8 Jun, diikuti di Terengganu dan Pahang pada 15 Jun ini, dan seterusnya diikuti negeri-negeri lain yang akan diatur kemudian nanti.
"Barisan Nasional juga akan menganjurkan beberapa siri, forum, wacana dan townhall yang akan diadakan di negeri dan peringkat pusat bagi tujuan menyegarkan pemikiran dan juga wacana politik yang baik untuk negara.
"Dalam hal ini, kita akan menjemput daripada generasi muda mahupun kalangan pemikir untuk kita mendengar suara dan pandangan bagaimana untuk memperkukuhkan Barisan Nasional bagi menghadapi dekad seterusnya," kata Zambry lagi.
Faida Rahim
Sat Jun 01 2024
Zambry (empat, kanan) berkata kerangka awal perlu dilaksana dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa tentang persiapan yang telah dilakukan. -Astro AWANI
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
AWANI Ringkas: 2.6 juta kenderaan guna lebuh raya setiap hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.
Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.
Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.
Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.
Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.
Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.
Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.
Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled
Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, dan akan dilakukan mengikut lunas perundangan.
UMNO akur titah Agong, batal Himpunan Solidariti Najib
UMNO tidak akan sesekali membelakangi Perlembagaan dan tetap menghormati apa jua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebagaimana Titah Yang di-Pertuan Agong.