KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) mengesyorkan Ahli-Ahli Dewan Rakyat menyeru Perdana Menteri dan Jemaah Menteri menghormati titah Yang di-Pertuan Agong agar sidang Parlimen dilaksanakan dalam kadar segera.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan media Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis.
Jelasnya, Prinsip Keluhuran Perlembagaan perlu ditegakkan bagi membolehkan Parlimen memainkan peranan yang wajar dalam memastikan semak dan imbang.
“Barisan Nasional mengesyorkan Ahli-Ahli Dewan Rakyat menyeru YAB Perdana Menteri dan Jemaah Menteri untuk menhormati titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Sidang Parlimen diadakan dalam kadar segera.
"Apatah lagi setelah Perintah Kawalan Pergerakan dilonggarkan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan perlu ditegakkan bagi membolehkan Parlimen memainkan peranan yang wajar dalam memastikan semak dan imbang," katanya.
Tambah Ahmad Zahid, BN turut merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, sekiranya diperkenankan, untuk menitahkan sidang Parlimen diadakan dengan kadar segera.
"Barisan Nasional dengan rendah diri merayu kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Agong, sekiranya diperkenankan, untuk menitahkan Sidang Parlimen diadakan dengan kadar segera dengan menggunakan kuasa wewenang Duli Tuanku di bawah Seksyen 14 (1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dibaca bersama Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Ia termasuk Pengisytiharan Darurat serta Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 bagi memastikan prinsip hak asasi manusia, kebebasan masyarakat madani, ketulusan dan kedaulatanr undang-undang dapat dipelihara.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan, Ahmad Zahid menyifatkan tindakan itu seolah-oleh mencabar pandangan dan titah Yang di-Pertuan Agong dan menghina institusi Raja Berpelembagaan.
"Bersesuaian dengan sumpah menjunjung Perlembahaan yang telah dilafazkan, BN berpegang teguh Ahli Dewan Rakyatnya melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh kesetian di samping memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan.
"Dalam perkara ini, BN memohon ampun kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya kenyataan Menteri tersebut menyinggung hati Duli Tuanku," jelasnya lagi dalam kenyataan itu.
BN jelas Ahmad Zahid, sedia menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong sekiranya diperkenan untuk mengadap bagi menyampaikan pandangan bagi pertumbuhan sosioekonomi negara terutamanya rakyat miskin.
Fareez Azman
Thu Mar 04 2021

Menurut Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sidang Parlimen membolehkan hak suara rakyat didengar dan tidak diabaikan meskipun ketika tempoh darurat ini. - Gambar Astro AWANI

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.

Myanmar lanjut darurat selama enam bulan lagi
Pada mesyuarat NDSC di Nay Pyi Taw pada Jumaat, semua ahli yang hadir bersetuju untuk melanjutkan tempoh darurat.

Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Keadaan itu sekaligus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat awam selama 180 hari.

Amerika dilanda musim sejuk melampau sejak 2011
Pihak berkuasa umumkan darurat di beberapa bahagian di AS iaitu Kentucky, Virginia, Kansas, Arkansas dan Missouri.

Ecuador isytihar darurat di tujuh wilayah
Noboa berkata bahawa peningkatan kadar jenayah dan kehadiran kumpulan bersenjata terancang menjadi faktor utama pengisytiharan itu.

Selesema burung, California isytihar darurat
Gabenor California Gavin Newsom pada Rabu mengisytiharkan darurat berikutan wabak selesema burung H5N1 yang telah menjangkiti 34 orang.

Vanuatu bergelut hadapi kesan gempa bumi yang ragut 14 nyawa
Negara Pasifik Selatan, Vanuatu, memohon bantuan antarabangsa selepas gempa bumi bermagnitud 7.3 meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa, termasuk dua rakyat China, serta merosakkan bangunan dan infrastru

Peru isytihar darurat di Callao untuk banteras jenayah terancang
Peru mengisytiharkan darurat di enam daerah wilayah pantai Callao berikutan peningkatan keganasan kumpulan jenayah terancang.

Presiden Yoon terima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Korea
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menerima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun.

Itali isytihar darurat ke atas dua wilayah dilanda banjir
Bantuan kecemasan sebanyak EUR20 juta (kira-kira AS$22 juta) diperuntukkan kepada wilayah-wilayah Emilia-Romagna dan Marche.

Wilayah Belgorod di Rusia isytihar darurat selepas serangan Ukraine
Keadaan disifatkan "amat sukar dan tegang" ketika kawasan sempadan itu menjadi sasaran serangan dron dan peluru berpandu dari Ukraine.