KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyanggah kenyataan yang mendakwa beliau tidak mahu diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disegerakan kerana takut kalah.
Mohamed Nazri menegaskan kenyataan yang dibuat Timbalan Pengerusi UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed itu langsung tidak masuk akal.
Katanya adalah tidak logik untuk beliau takut kerana pada PRU14 beliau menang dengan pertambahan majoriti.
Mohamed Nazri menegaskan beliau tidak mahu PRU15 disegerakan bukan kerana takut kalah tetapi masanya belum sesuai.
“Ketika PRU14 lalu 'mood' rakyat adalah menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi di Padang Rengas saya menamg dengan pertambahan majoriti.
“Jadi untuk apa saya nak takut kalau ketika rakyat benci UMNO saya boleh menang dengan majoriti yang meningkat berbanding PRU13.
“Beza dengan parlimen Pulai yang ditandingi Nur Jazlan, beliau kalah dengan majoriti besar kepada Salahuddin Ayub dari parti Amanah yang baru dua tahun ditubuhkan,” katanya kepada Astro AWANI.
Mengulas dakwaan Nur Jazlan bahawa beliau tidak mahu PRU15 disegerakan kerana takut kehilangan pendapatan, Mohamed Nazri menjelaskan beliau tidak memegang apa-apa jawatan dan tidak mempunyai gaji.
Sebaliknya jelas beliau, sebagai Ahli Parlimen beliau hanya menerima elaun seperti yang telah ditetapkan.
“Elaun Ahli Parlimen itu saya gunakan untuk kegunaan penduduk di Padang Remgas.
“Saya tidak menyara keluarga saya dengan elaun Ahli Parlimen, jadi saya tidak perlu risau tentang gaji atau pendapatan.
“Saya tidak tahu sama ada Nur Jazlan memerlukan elaun Ahli Parlimen untuk menyara keluarga sebab itu dia mahu segera diadakan PRU15,” katanya lagi.
Menjawab dakwaan Nur Jazlan bahawa PRU15 perlu disegerakan bagi memboleh BN berkuasa dan membantu rakyat, Mohamed Nazri menegaskan ketika ini BN sudah berkuasa dan sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat.
“Saya pelik dengan Nur Jazlan, sekarang ini Perdana Menteri dari UMNO dan BN, bukankah itu tandanya kita sudah berkuasa?
“Kenapa kita tidak gunakan masa yang ada ini, kuasa yang ada untuk membantu rakyat dan negara keluar dari masalah ekonomi?
“Mungkin dia nak segera PRU15 sebab nak intai peluang jadi calon, kalau dia menang mungkin nak cuba nasib jadi menteri,” ujar beliau.
Mohamed Nazri menjelaskan perbelanjaan yang sangat besar diperlukan untuk mengadakan pilihan raya umum.
Katanya, perbelanjaan yang besar itu sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat.
“Nak adakan PRU memerlukan perbelanjaan sekitar RM1 bilion, kenapa tidak gunakan duit sebanyak itu untuk bantu rakyat.
“Ini yang saya katakan sebelum ini jangan jual nama rakyat untuk kepentingan peribadi.
“Orang seperti Nur Jazlan ini sepatutnya kurang bercakap tetapi bantu PM yang mahu menolong rakyat,” katanya.
Sebuah portal sebelum ini melaporkan Nur Jazlan sebagai berkata Mohamed Nazri dan beberapa pemimpin UMNO lain tidak mahu PRU15 disegerakan kerana takut kalah.
Nur Jazlan juga mendakwa pemimpin UMNO yang tidak mahu PRU15 disegerakan kerana takut kehilangan pendapatan.
Irwan Muhammad Zain
Mon Jun 06 2022

Mohamed Nazri menegaskan beliau tidak mahu PRU15 disegerakan bukan kerana takut kalah tetapi masanya belum sesuai. - Gambar fail

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Hanya duta dijemput ke majlis angkat sumpah Trump - Nazri Aziz
Duta Besar Malaysia ke AS jawab tohmahan segelintir pihak mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke upacara angkat sumpah Donald Trump.

Resepsi bertemakan perkahwinan tradisional Melayu mulakan kepengerusian ASEAN 2025 Malaysia dengan meriah
Resepsi dianjurkan bagi meraikan Setiausaha Pertama Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB, Nizhan Faraz Rizal dan isteri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Nazri Aziz sesuai sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat - Zahid Hamidi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz merupakan personaliti yang sesuai sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, kata Ahmad Zahid.

"Jangan sekat demokrasi dalam UMNO" - Nazri Aziz
Usaha menghalang jawatan tertentu tidak dipertandingkan akan memperlihatkan UMNO sebuah parti yang tidak lagi demokratik.

'Kalau tidak faham isu jangan bercakap', pesan Nazri pada Naib Presiden MIC
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Naib Presiden MIC, A Kohilan Pillay sebagai seorang yang tidak faham isu tetapi cuba menunjuk pandai.

'Apa beza lompat seekor dengan lompat sekumpulan? Sama sahaja' - Nazri
Datuk Seri Nazri Aziz bertegas agar jangka masa tetap untuk Parlimen selama lima tahun dibuat bagi menghalang wakil rakyat khianat terhadap rakyat yang mengundi.

'Bukan isu saya takut kalah tapi masa belum sesuai untuk PRU15' - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan beliau tidak mahu PRU15 disegerakan bukan kerana takut kalah tetapi masanya belum sesuai.

Meluat tengok YB Shah Alam - Nazri Aziz
Khalid minta pendirian Nazri berhubung parti yang mengambil Ahli Parlimen yang melompat parti.

Pertemuan Menteri UMNO: Mungkin bincang keperluan PRU15 lebih awal - Nazri
Pertemuan beberapa Menteri UMNO di sebuah hotel di Putrajaya mungkin berbincang mengenai keperluan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 lebih awal.